Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

10 June 2011

Lewat ? Apedehal.

" Lu asik datang kenduri kahwin orang, kenduri lu bila lagi ? "

" Entah, kalau gua tahu jodoh gua datang berapa haribulan, tahun bila dengan siapa, gua pastikan lu orang pertama yang dapat tahu. Amacam? "

" Boleh tahan sarkastik lu. "

" Tak, gua tak berniat. Gua serius! Lu ingat berapa banyak soalan macam ni gua pernah jawab ? "

" Dari ayat sarkastik lu, gua rasa macam terlebih banyak tanpa disangkal. "

" Lu memang bijak. "

" Lu tak takut orang mengata lu perempuan tak laku ? "

" Dulu-dulu gua ada rasa macam tu jugak, tapi bila gua fikir-fikir balik gua lagi takut ibu gua label gua anak derhaka atau dilabel perampas suami orang . "

" Logik jugak cakap lu tu. Lu tak ada fikir nak mendirikan masjid ke? "

" Gua ada fikir semua tu, lu jangan risau. Cuma bagi gua,kahwin itu perlu persediaan yang sebenar, kalau lu tak bersedia tapi lu beria nak kahwin. Lu boleh fikir apa akan jadi pada peringkat seterusnya. Lu jugak serabut. "

" Okay gua surrender. "

**********************************

Biarlah apa orang nak kata, hatta menghina sekalipun. Dosa mereka yang tanggung. Lu rilek.

Kalau tidak bersedia untuk bergelar isteri tak usah sibuk nak berkahwin.
Jika lu rasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran tu.

Berapa ramai yang menyesal dengan perkahwinan masing-masing padahal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Gua harap tak ramai la yang menyesal.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang betul-betul faham tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianyalah.
Berkahwinlah Lu demi Allah, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu jugak lu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tak terhalang.

Kalau orang nak kata lu memilih,abaikan. Bagi gua perlu jugak kita memilih.
Sebab perkahwinan ni adalah satu ikatan yang suci dan lu mahu perkahwinan tersebut menjadi lu yang pertama dan terakhir. Sudah tentu lu mahu pilihan itu tepat. Lebih-lebih lagi talak bukannya berada di tangan lu. Jika lu tersalah pilih,hiduplah lu dengan pilihan salah tu seumur hidup lu.Walau bagaimanapun, janganlah lu memilih pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Seperti yang dianjurkan Islam, pilihlah yang beragama kerana jika dipilih itu yang hengsem,hengsem boleh hilang. Begitu juga jika yang dipilih tu kekayaan dan keturunan. Jadi, kalau anjuran agama ini dipatuhi, insya'Allah akan bahagia.



A.M

08 June 2011

Peduli

Lama jugak gua tak update blog, kejang jemari nak menaip.

Apa topik kali ni?  Tiada.

Gua cuma nak mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada kawan baik gua susah dan senang. Puan Farhana Bakhtiar dan pasangan.

Bakat yang gua ada,Amacam?



21 April 2011

Elok dari mengemis.

Suatu hari, seorang lelaki tergesa-gesa memasuki sebuah restoran sebab kelaparan terlepas sarapan. Setelah memesan makanan, seorang budak lelaki sekitar 10 tahun menjual kuih menghampirinya, “ Pakcik, beli kuih Pakcik, panas lagi!

Takpelah dik, Pakcik nak makan nasi je, ” kata si lelaki menolak.

Sambil tersenyum budak itu pun berlalu dan menunggu di luar restoran.

Melihat si lelaki telah selesai menyantap makanannya, budak itu menghampiri lagi dan menyuakan kuihnya. Si lelaki sambil berlalu ke kaunter bayaran dan berkata, “ Takpe, pakcik dah kenyang. ”

Sambil terus mengikuti si lelaki, budak berkenaan berkata, “ Kuih ni boleh bawak balik , Pakcik.”

Dompet yang belum sempat dimasukkan ke kocek pun dibukaknya kembali. Dikeluarkannya dua lembar Ringgit dan ia menhulurkan ke anak penjual kue. “ Pakcik taknak kuihnya. Duit ini anggap saja sedekah dari pakcik .”

Dengan senang hati diterimanya duit itu. Lalu, dia bergegas ke luar restoran, dan memberikan duit pemberian tadi kepada pengemis yang berada di depan restoran.

Si lelaki memperhatikan dengan rasa heran dan sedikit tersinggung.Kemudian langsung menegur, “ Hai dik, kenapa duitnya awak berikan pada orang lain? Kamu menjual kan untuk mendapatkan duit. Kenapa  awak berikan pada pengemis tu?

Mintak maaflah ,Pakcik. Jangan marah ye. Mak saya mengajar saya untuk mendapatkan duit dari usaha menjual kuih, bukan dari mengemis. Kuih-muih ni dibuat oleh mak saya sendiri dan mak pasti kecewa, marah, dan sedih, jika saya menerima duit dari Pakcik bukan hasil dari menjual kuih. Tadi Pakcik cakap, duit itu sedekah, jadi duitnya saya beri pada pengemis tu.”

Si lelaki merasa kagum dan menganggukkan kepala tanda mengerti. “ Baiklah, berapa banyak kuih yang awak bawak? Pakcik borong semua. ” Budak itu pun segera menghitung dengan gembira.

Sambil menyerahkan duit si lelaki berkata, “ Terima kasih lah dik, atas pelajaran hari ini. Sampaikan salam pakcik pada ibu awak .”

Walaupun tidak faham tentang pelajaran apa yang dikatakan si lelaki, dengan gembira diterimanya duit itu sambil berucap, “ Terima kasih, Pakcik. Mak saya pasti akan gembira sekali,sebab hasil kerja kerasnya dihargai.


Sekian;

14 April 2011

Aku akan cuba.Akan!

Akibat dari mencangkong atas jamban duduk.






Aku akan cuba untuk bertukar posisi dalam bilik termenung. Akan! sebab aku taknak punggung aku jadi macam gambar dia atas. Guidelah aku wahai kawan-kawan.

11 April 2011

Ada airmata itu yang sia-sia.


Air mata itu ibarat hujan yang jatuh dari langit pada hati yang tandus,gersang dan kering kontang.Ia boleh melembutkan hati dan jiwa yang keras seperti batu. Tahu itu?

Pernah menangis?

Paling tidak sekali seumur hidup kau pasti menangis,iaitu saat dilahirkan.Saat itu deraian titisan air mata di sudut mata menjadi kebahagiaan orang-orang yang mengasihi kau.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Menangislah kau ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah.Tetapi janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita .Allah telah menetapkan jalan untuk kita.
Menangislah kau kerana menyesali perbuatan dan dosa dilakukan.Jangan pulak menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukan jodoh kita.
Menangislah kau apabila bertambah keimanan kepada Allah.Janganlah menangis kalau duit kita hilang di jalanan mungkin kita yang kurang bersedekah.
Menangislah kau dengan rasa bimbang terputusnya rahmat Allah .Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat .Rezeki itu ada dimana-mana
Menangislah kau apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran.Jangan menangis kerana sesat di jalananan kerana mungkin kita yang tersalah arah.

Jadik simpanlah air mata itu untuk melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat keampunan-Nya jua.

Pernahkah kau menangis ikhlas kerana-Nya?
Sesungguhnya kau masih punya masa.Kita punya masa sehinggalah saatnya mata tidak dapat mengeluarkan airnya.

10 April 2011

Comel apa bercermin mata?

Bulan ini,niatnya nak menukar cermin mata baru. Tapi tertangguh-tangguh pulak, maklumlah ada saja benda yang perlu dibuat,dan kadang-kadang kalau kita free orang lain pulak tak free. Terpaksa menunda pada hari lain.

Rabun aku makin teruk rasanya. Rabun jauh atau saintifiknya miopia, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.

Teringat dulu,betul-betul berselisih dengan seorang rakan. Serius aku memang tak perasan,pulak aku memang tak suka berjalan sambil tengok orang. Menonong saje. Balik-balik ke rumah dapat sms dari rakan tersebut mengatakan aku sombong. Mana taknya 2-3 kali jugak dia memekik memanggil nama aku,tapi aku terus saja berjalan. Maaf ya,aku rabon. haha.

Inilah akibatnya kerap benar menghadap skrin komputer tanpa henti. Aku mengalami rabun sejak tahun 2006 lagi. Waktu itu aku ambil mudah perkara ni, tapi bila nak mengecam orang dan membaca papan tanda pun jadi masalah ,cepat-cepat aku menempah cermin mata. Lebur RM450 untuk cermin mata yang aku sempat pakai untuk 6 bulan sahaja. Ganas kan? Salah satu sifat Perempuan Lanjut Usia. haha.
Kemudian bila aku mengadu masalah pada seorang rakan karibku , mudah saja dia mem' badol 'kan aku.

" buat ape kau beli bingkai dekat kedai sekali? memang mahal! " terang rakanku.
" habis tu,nak beli dekat mana? "
" kau beli bingkai murah dekat pasar malam tu,pergi kedai tukar power dekat cermin tu je,badol! "

Sungguh!aku tak marah malah berterima kasih,kalau tak diterangkan perkara tu akan keraplah aku perhabis duit untuk sepasang cermin mata yang akan aku sempat pakai untuk beberapa bulan saja. Thanks man!.

Sejak itu setiap kali aku ingin menukar cermin mata baru.Pantas saja aku membeli bingkai di kiosk-kiosk cermin mata.Kemudian aku hantarkan ke kedai cermin mata untuk diganti cermin ber'power' . Kosnya amat murah berbanding aku membeli bingkai dan cermin mata.

Ada juga rakan yang mencadangkan aku memakai kanta lekap. Oh tidak,sesusah mana pun aku bercermin mata tidak sesekali aku memakai kanta lekap. Tak adventure la bai. Lagipun pernah juga mencuba tapi tak selesa malah menyakitkan bijik mata. Dan harga kanta lekap juga tak kurang hebatnya dengan cermin mata dikedai optik. Beberapa bulan sekali perlu diganti. Duit juga tu. Oleh itu kekal lah aku dengan cermin mata. Comel apa bercermin mata?

Jimat pun jimat juga, Berjimatkan amalan mulia.


08 April 2011

Peritnya memendam rasa.

kau?

kau?

dan kau?, pernah ada masalah?

Bohonglah kalau tiada sebarang masalah. Semua orang pun ada masalah yang bezanya besar dan kecil saja.

ALLAH berikan dugaan atau masalah yang berlainan mengikut kemampuan dan keadaan seseorang.Tapi walau sebesar atau serumit mana pun masalah kita tu, ada orang lain yang lebih susah dan rumit masalahnya dari kita. Aku tahu itu. Tapi aku tak kuat.

" Allah akan uji hambanya mengikut tahap kemampuan hambanya. Jadik setiap masalah yang kau hadapi, pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Cuma kau harus terus bersabar, berusaha untuk atasi masalah tu dan bertawakal kepada Allah " Itu nasihat seorang rakan karib aku.

Selalunya bila aku menghadapi masalah, aku susah nak mengekalkan ketenangan.Walaupun kadangkala masalah tu takdalah sebesar mana,Aku ni memang jenis manusia yang suka berfikir bukan-bukan.Tabiat buruk,aku tahu. Tapi aku bukanlah jenis yang bertindak tutup masalah dengan buat kerja bodoh.Belum, belum sampai tahap tu.

Apa yang selalu aku lakukan adalah bersuara dan bertanyakan itu dan ini. Teruk? ya itu juga aku tahu. Tapi lain pulak masalah kali ini,aku lebih rela berdiam.Itulah yang aku cuba lakukan selama beberapa hari ni, Mengambil jalan mudah,,tapi bukan semakin tenang,semakin sakit.Sakitnya memendam rasa tahu?

Apa yang aku cuba kongsikan sedikit sebanyak tentang betapa peritnya aku memendam rasa terhadap beberapa manusia kesayangan aku.

Siapa? tak perlu aku olahkan lebih-lebih.

Tiada manusia yang sempurna pun dalam dunia ni.Begitu jugak dengan aku,mahupun orang disekeliling aku. Inilah kenyataan hidup yang tak dapat dinafikan. Lantaran itu tidak hairanlah sekiranya suatu saat rakan atau kekasih buat sesuatu atau melontarkan kata-kata yang membuat kita berkecil hati dan bersedih.Aku pun sering begitu,aku mengaku. Disebabkan sifat aku yang kasar dan kadang-kadang tidak sensitif terhadap perasaan orang sekeliling aku membuat mereka tercalar hati sedikit sebanyak. Tapi jarang benar mereka melontarkan rasa perit tu. Maafkan aku teman.

Kesilapan jugak sering berlaku dalam perhubungan.
Kadang-kadang aku pandang sebelah mata saja.Namun ada ketikanya ada perasaan yang membuat aku sukar untuk melupakan apatah lagi memaafkan kesalahan yang dilakukan manusia kesayangan aku,lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan berulang kali.Berbuku rasanya hati ini.
Apa nak buat kan, bukan semua orang boleh memahami kita,begitu juga kita amat payah memahami orang lain.

Jadi seperti kata-kata orang berdiam itu lebih baik. Tapi sejauh mana,aku tak tahu ,sebab aku bukan seorang yang jenis penyabar.Mudahan aku dapat tempuh segala dugaan ni dengan tabah.

Maafkan aku, teman
Sekiranya aku tidak mendoakanmu
Sekiranya aku tidak menghiburmu
Sekiranya aku menyakiti hatimu
Sekiranya aku tidak mengerti benar
Apa erti sebuah persahabatan
Adakah aku hanya hadir saat kau bahagia?
Adakah aku hanya hadir saat kau tersenyum?
Aku hanya hadir saat kau senang?


Sedarkah aku,
Pada saat kau jatuh, aku tidak membantumu berdiri?
Pada saat kau lemah, aku tidak menguatkanmu?
Pada saat kau susah, aku tidak ada untuk menolongmu?
Pada saat kau menangis, aku tidak menenangkanmu?
Pada saat kau difitnah, aku tidak membelamu?
Maafkan aku 
Maafkan aku teman


07 April 2011

Cemburu tak bertempat.

Dipetik dari Yahoo Messenger aku ;

' helo '

' ye sape neh ? can i help u '  macam kaunter pertanyaan pulak.haha

' u ni ***** ke? ' soalan pertama.

' aah i *****,kenape ek? ' aku pelik jugak.

' oh ,jadi u la perempuan sundal yang menggatal dengan bf i selama ni?'  WoW? sundal kene sedas.Apehal ?!

' Eh apehal plak ko nak kate aku sundal ni? Mane satu bf kau yang aku menyundal? ' kali ni dah takde i u , kau aku terus. Panas beb!

' Kalau bukan u menyundal u buat apa? sampai bf i dingin dengan i? btw bf i ********'

' ohhhhhh ni la gf ******** ' wakakakaka.patutlah pun meroyan macam kuda terencat.

' Apesal u gelak? u ingat i main-main ke? lepas ni jangan nak menggatal jumpa atau keluar dengan ******* got it bitch?'  Perrgh main kasar nampak.

' Ehhhhh apesal plak aku tak leh keluar dengan dia ,kau sape nak halang-halang?' Aku start panas,tapi cool.

' Sebab aku gf dia! takda lelaki lain ke kau nak menyundal sama? bf aku jugak,dah la hampir setiap minggu keluar.alasan dia keluar dengan family dengan cousin. bullshit! ingat i bodoh ke? dengan cousin pegang tangan bertepuk tampar. ntah-ntah da buat macam-macam. Bitch! ' Walauwehhhhhhhhh ini perempuan memang dasar membuta tuli. tunggu la aku sekolahkan kau saaat ja lagi.tunggu naa.

' Aku gelak sebab ko buat lawak, ape ke bangang ko jadik gf kalau sepupu bf sendiri pun ko tak kenal? Tulahhh bila bf kau ajak datang rumah kenal sedara-mara ,kau taknak bagi alasan macam-macam. Sekarang sepupu dia pun kau tak kenal.hahaha '  Aku da start gelak guling-guling.

' What the???? u cousin dia? ' mesti time tu muka perempuan ni dah terkulat-kulat menahan malu.

' Yela bitch! im his cousin.Lainkali nak serang siasat dulu latar belakang bf kau.Jangan main langgar je.Sekarang sape yang malu,kau jugak kan? .Memandangkan kau start serang aku membabi buta,maka aku banned kau dalam hidup aku.kalau boleh aku taknak sepupu aku dapat bini macam kau. Tata '




END




Ok,sebenarnya panjang lagi perbualan tu dan ending dia pun tak berapa nak good-good.Aku cuma nak cebiskan perbualan yang mana penting je.perbualan perempuan yang sempit otaknya.

Masih ada lagikah jenis-jenis perempuan seperti ini? Menuduh membabi- buta,tanpa siasat mana benar mana salah. Bukankah dalam perhubungan itu perlu ada sikap percaya-mempercayai? Memang suwey kenal orang macam ni.


06 April 2011

Pelangi.

Seindah pelangi;

indahmu hadir sejenak;

lalu lenyap.

31 March 2011

Couple : Selalu,Kadang-kadang,Jarang-jarang berlaku.

Selalu.

Di satu sudut di kompleks membeli-belah.
" Penatnye shopping!Lepas ni kita nak pergi mana PAPA? "
" Entahlah,takda idea la MA "
" Haa! kita tengok wayang nak tak ?" senyum.
" Boleh je ,tapi MAMA belanja okay? "

Instead of PAPA-MAMA : Hubby-Baby , Daddy-Mummy , Sayang-Ayang/Anje , Dear-Darling  ETC. tahik.
***********************************************

Kadang-Kadang.

Selepas 'main' beberapa bulan.
" You! i rasa i pregnant ni.Ape kita nak buat? "
" Hah? you pregnant? berapa bulan? " Cemas.
" I tak tau, tapi 2 bulan i tak datang period. i takut ni! "

Keadaan senyap seketika.

" Okay rileks. Macam ni, kita pergi klinik dulu,check betul-betul. Ape pun jadi i
bertanggungjawab
."
" Erm,tapi i takut. Macam mane kalau parent i tahu? "
" Jangan risau , i bertanggunjawab. "
**************************************************

Jarang-jarang.

Berjumpa nak hilangkan rinduwuwuwuwu.
" Abang, rindunyeee dekat abang tau,lama tak jumpe. "
" Uishh abang pun rindu dekat sayang jugak,rasa nak terkam je. hehe ."
" Eh! abang ni,kesitu pulak menggatal. "
" Lepas ni kita pergi makan dekat restoran tu nak tak? " sambil pegang-pegang tangan.
" Mestilah sayang nak,lapar ni tau. "

ZOHOR MEMANGGIL;
ALLAHU AKHBAR ALLAHHHHHU AKHBAR!
ALLAHU AKHBAR ALLAHHHHHU AKHBAR!

" Tapi sebelum tu, kita pergi solat dulu ye sayang. "
" Rindu-rindu jugak, tapi solat jangan tinggal. Jom!
" Jom."
**************************************************

TAMAT

Lu abaikan skrip caca-marba tu, lu bayangkan situasi tu dalam kepala lu,baru real.


29 March 2011

Renungkanlah.

Hampir seminggu jugak tak update blog,aku sibuk dengan kerja ditambah malas nak menaip.Tapi hari ni terdetik nak menaip perbualan aku dengan seorang kawan tak berapa lama dulu.




" Termenung je beberapa hari ini? "

" Takda apa, "

" Kenapa,ceritalah "

" Aku letih memikirkan, dunia hampir kiamat tapi seolah - olah tiada siapa peduli "

" Kenapa kau cakap macam tu ? "


" Semua orang sibuk membuka aib orang,sedang aib sendiri tidak terjaga.
Semua sibuk mencari harta dunia,sedang diakhirat dosa pahala saja diambil kira.
Si perempuan yang bangga menutup aurat sebenarnya tidaklah sesempurna mana, aurat sebenar tapak tangan dan muka, tapi yang di bangga mereka bentuk tubuh mengiurkan,alis kening dicantas,bibir rona merah menggoda para lelaki,wangian yang mampu menggegar iman "

Diam Seketika.


" Belum lagi ditambah dosa pada ibu dan bapa,satu perkataan terkeluar dari mulut yang boleh mengecilkan hati ibu,maka berdosa lah kita "

" Begitu juga yang punya isteri atau suami, para isteri yakin menjaga maruah suami tapi sebenarnya banyak keaiban suami dibongkarkan,begitu juga para suami, mencurangi isteri yang setia menanti dipintu rumah. Dalam diam ada dua. Apa nak jadi? "


" Warga gay makin diterima oleh masyarakat, begitu juga maksiat semakin menjadi-jadi.
ditambah pula pembuangan bayi tak berdosa. "


" Tiada kesedarankah kita? "



Aku pun kadang-kadang memikirkan jugak apa yang kawan aku utarakan ni, tapi bak kata orang iman senipis kulit bawang memang mudah melakukan perkara berdosa,walaupun kita tahu benda itu adalah berdosa. Sebabnya kita tak merasa lagi azab yang dijanjikan Allah atas perkara-perkara yang kita buat. Belum rasa lagi sejauh mana pedihnya. Sebab tu semua berlumba-lumba mengumpul dosa dari mengejar pahala. Aku pun tak ketinggalan. Sampai bilakah akan begini?




24 March 2011

Badut lucu menjadi sesuatu yang mengerikan.

Aku Coulrophobia. Ya. aku fobia pada kelaun a.k.a Badut .




Entah dari mana aku boleh ada ketakutan ekstrim terhadap badut. Tapi masih boleh dikawal, bukan seperti orang gila nampak badut terus nak histeria, bukan. Aku masih lagi boleh mengawal ketakutan tu dengan memandang benda lain, Sebagai mengalih pandangan terhadap muka buruk yang dicalit cat merah dekat hidung tu. Tolonglah, buruk bebenau.


Tak tahu pulak aku takut kepada badut ni adalah satu phobia. Dengan apa yang aku baca, untuk overcome penyakit ketakutan ni, aku kena berani menghadapi makhlok kelaun ni depan-depan. Setakat ni tak berani lagi, sebab dari jarak jauh je aku dah rase seram dengan makhlok kelaun ni. Terbayang gigi bertaring, mulut keluar darah, tangan bertukar buruk keluar kuku panjang. Taknak! Belum bersedia lagi. Atau mungkin aku tak kan dapat hadapi sampai ke tua pun.


Pernah satu hari, aku berjalan dengan rakan-rakan dekat satu shopping complex. Girls day out, memang masing-masing sibuk tengok baju tu, tengok kasut ni, sampai jalan sebelah siapa pun tak perasan. Aku pun tak ketinggalan. Sedang asyik menjamu mata tengok baju yang ada Sale ,aku terus capai tangan yang aku sangkakan tangan kawan aku, tapi bila aku menoleh malangnya aku nampak muke-buruk-gigi-kuning sedang tersengih pada aku. Dunia aku gelap, ape yang aku tahu aku menjerit dan menangis. Kawan-kawan gelakkan aku, Tiada siapa tahu aku ni clown phobic.


Sampai sekarang aku masih lagi takut dengan mahklok kelaun ni. Di saat sesetengah orang rasa badut itu melucukan, aku pulak merasakan badut itu adalah satu makhluk yang mengerikan. *Mengeluh


Tak Rase ke?

weyy.


 
Tak rase bersalah ke bila kekasih kau merindui kau sangat-sangat,tapi kau merindui bekas kekasih kau?

Nah aku bagi pada orang macam kau









DOUBLE MIDDLE FINGER



21 March 2011

Perlunya perempuan belajar memasak.

Berkerut-kerut dahi Kamarul ketika menikmati nasi berlaukkan asam pedas Aini,isteri yang baru dinikahinya. Dibibirnya terukir sebuah senyum tipis,sementara Aini memandang suaminya penuh rasa cemas. Benar telahannya,sudah beberapa kali dia memasak asam pedas kegemaran suaminya,ternyata belum memuaskan.

“Boleh tahan…,” hibur suaminya sambil meneruskan,
“Cuma macam ada yang kurang.”
 Aini tersenyum sumbing menahan malu.

Sudah hampir 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga . Sejak saat itu Aini memang harus memasak, membasuh dan mengemas sendiri. Kerja-kerja yang tak pernah dia sentuh ketika masih anak dara. Dia sering sibuk dengan kuliah dan berbagai assignment semasa di Universiti dulu.Bila pulang ke rumah segalanya sudah dibereskan ibunya.

Beruntung Aini,kerana Kamarul memahami kesulitan isterinya yang satu itu,dan kadang-kadang Kamarul lah yang rajin membantu isterinya membuat itu dan ini di rumah.

Ini adalah situasi yang biasa berlaku dalam rumah tangga zaman ini.Beruntung sekiranya kita mendapat suami seperti Kamarul. Kalau yang bukan seperti Kamarul ,bagaimana pulak?


Semalam aku sibuk survey-survey pasal memasak dekat google, aku terjumpa satu entry sorang kakak ni tentang ketakpuashatian dia terhadap lelaki yang merungut mengenai perempuan tak pandai masak.
Dari segi luaran, memanglah nampak macam tak complete je seorang perempuan tu kalau tak pandai masak salah satunya.Tapi itu bukan alasan untuk lelaki sewenangnya melemparkan ketakpuashatian mereka. Mungkin ada perempuan yang start dari kecik sekolah asrama,hostel,asrama hostel. Mane ada mase nak belajarkan. Tapi kalau yang memang ade masa tapi taknak belajar tu memang pemalas.

Bercakap pasal hal ni,aku pun salah seorang yang asalnye memang tak pandai masak langsung! serius weh, memang buruk perangai. Itulah kalau hidup dimanjakan ibu dan bapak. Tapi aku bukan anak manja okay. Ibu aku pulak bukan jenis yang tak memaksa anak belajar. Kalau nak ,turun ke dapur. Kalau tak nak takpe. Memang heaven. Tapi sampai bila kita nak jadi perempuan yang tak reti masak? Tak kan nak tunggu sebulan lagi nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak belajar atau pun nak jadi macam pasangan di atas?

Ibu aku kate,kalau dulu-dulu die belajar masak,start umur 10 tahun lagi. Masakan yang wajib belajar adelah asam pedas. Kalau dulu nak pakai cili, mana ade cili blender. Nak makan kene giling cili tu dulu. Ibu aku seorang pro menggiling cili dan bakat menggiling tu diturunkan dekat aku,hihi. Kalau tak pandai menggiling cili tak hancur,nak masak pun tak sedap.Tapi sekarang tak perlu susah-susah sebab ade blender. Masukkan cili dan tekan suis,dah dapat pes lada. Ekspress.

Aku start belajar memasak secara serius bermula dekat Kuala Lumpur . Aku seorang yang suke merantau ke negeri orang. Jadi bila dah merantau,bajet makan luar memang sangat terhad.Nak taknak,kena masak jugak. Kebanyakkan resipi memasak aku mintak dari ibu dan makcik aku sendiri. Mula-mula memang asik kena marah je,sebab dalam sebulan asik mintak resepi yang sama. Lama-lama bila hari-hari praktis memasak. Aku berjaya menyediakan masakan yang sedaplah jugak.hehe. Terima kasih sangat pada ibu dan makcik aku yang sering membantu aku belajar memasak.
Tapi bila dah balik ke kampung,memang aku tak rajin nak memasak.Sebab masakan ibu lebih sedap berbanding masakan sendiri.

Bila kita dah terbiasa dengan kerja-kerja memasak ni kita tak perlu risau lagi bila datang ke rumah saudara mara, rakan-rakan atau rumah bakal mertua. Tunjukkan saja skill yang ada. Macam manapun rasa masakan kita,sekurang-kurangnya mereka tau kita tak kekok bila berada didapur. Pada yang ingin mengambil hati bakal mertua,rajin-rajin lah belajar. hehe.Begitu juga pada pasangan yang baru berkahwin,setiap suami mesti ingin merasa air tangan isteri. Dapat isteri yang pandai memasak,makin sayanglah suami pada anda.

Perempuan-perempuan diluar sane,tak perlu risau kalau tak pandai memasak. bukankah kita boleh belajar dan yang penting jangan malas, seperti kata pepatah "Kalau hendak seribu daya,Kalau taknak seribu dalih". Ada masa lapang,rajinkan diri belajar. Insyaallah ,lama-lama mesti pandai :)


Jumpa dilain entry.

18 March 2011

Sinonimnya wanita berkain batik dan berkemban,aumm.

Bercakap pasal kain batik ni,teringat aku masa mula-mula dulu belajar memakai kain batik, memang nampak senang, sebenarnya susah jugak. Aku tengok ibu menyarung, menyimpul atau menyelit, dah siap pun. Tapi bila aku cuba, aku selit seketat-ketatnya supaya tak tertanggal kononnya memudahkan bila aku berjalan. Sudahnya baru berjalan beberapa langkah, kain aku terlucut. Kah kah kah lawak sungguh waktu tu. Aku give up dah nak pakai kain batik , lebih selesa pakai boxer.


Kalau dulu kain batik ni memang jadi pakaian harian.Masa memasak atau apa saja kerja memang kain batiklah yang disarung. Itu memang pakaian dulu-dulu yang paling basic untuk anak dara atau mak dara.sebenarnya kain sarung batik bukan hanya di gunakan untuk  dipakai untuk pakaian harian dan di gunakan di rumah sahaja. Malah ia boleh juga di gunakan bersama baju kurung dan boleh di bawa ke pejabat dan tempat-tempat lain yang bersesuaian. Manakala kain Batik Lepas cantik di gunakan bersama baju kebaya.  Warga Indonesia masih menggunakan kain batik sarung dan kain Batik Lepas sehingga hari ini malah mereka menggunakannya hingga ke majlis-majlis rasmi di sana.

Di sebelah pantai timur Malaysia pun macam tu, kaum lelakinya menggunakan kain batik sarung untuk mereka pakai sebagai kain basahan(kegunaan harian) tak kira samada semasa berada di rumah atau semasa mereka bekerja(kerja kampung).

Tapi zaman sekarang ni,sudah jarang-jarang kita lihat anak-anak dara berkain batik dekat rumah kan? Kenapa ye tradisi berkain batik ni semakin dilupakan malah di kampung-kampung pun anak dara lebih suka memakai pakaian yg memudahkan pergerakan mereka seharian. Mungkin sebab kain batik susah nak dipakai,dan seluar pulak lebih senang nak diadjust dari pakai kain.
Dan jangan kata pulak yang korang-korang ni tak penah pakai kain batik, nampak sangat menipu. Abes tu,kalau korang mandi pakai kain ape,kalau bukan kain batik? Takkan mandi bogel pulak? Jangannnnnnn mandi bogel,nanti ade orang skodeng. Kalau tak pon,takan la korang mandi pakai baju mandi? keh keh keh.

Pakai kain batik ni, kalau kena cara memang seksi jugak. Hendaknye bila mandi berkemban kain batik, tergoda. Berkemban adalah satu cabang seni isteri untuk mengoda suami. Keh keh keh ,tak gitu?

Banyak jugak kegunaan kain batik kalau di ikutkan,
Sebelum kain lampin meluas digunakan kain batiklah yang digunakan untuk menyelimut dan membendung anak kecil yang baru di lahirkan. Kain batik juga di gunakan sebagai kain buaian untuk anak-anak kecil.

Takpun bila sesekali balik ke kampung dan berkumpul beramai-ramai, kain batik akan digunakan untuk dijadikan selimut. Maklumlah kalau dah ramai mana cukup kain selimut untuk setiap orang kan? Manakala kain batik yang sudah lama boleh di gunakan sebagai pengalas semasa menggosok baju. Sehinggakan kain batik yang telah koyak masih lagi tidak di buang,masih lagi berguna. Selain itu boleh jugak  di jadikan alas kaki yang biasanya di letakkan di pintu bilik air ataupun di pintu dapur rumah. Batik juga di gunakan sebagai pelapis untuk memegang benda-benda yang panas. Dan macam-macam lagilah kegunaan batik ni.

Juga sehingga hari ini jika ada kematian, kain batiklah digunakan untuk menutupi jasad. Warga tua(Melayu terutamanya) di Malaysia, rasanya masih lagi menyimpan kain batik biasa juga kain Batik Lepas, katanya untuk menutupi jasad mereka, bila mereka pergi meninggalkan dunia ini nanti. Lihatlah, betapa bergunanya kain batik.



Jumpa dilain entry.Ciao!

17 March 2011

Berbuat silap.

Pernah tak korang buat khianat pada kawan sendiri? Tapi kawan kau redha dan memaafkan kau. Kemudian satu hari, kau dikhianati oleh kawan yang lain,tapi kau sukar nak memaafkan pulak. Kenapa?
Ada terfikir tak,macam mana kawan kau yang sebelum ni boleh memaafkan kau,sedangkan perbuatan kau tu bukan senang-senang nak dimaafkan. Betapa kawan kau tu memanglah orang yang baik hati. Berbeza pulak kau,bila dikhianati kau taknak pulak memaafkan,malah kau keji dan dendam pada si pengkhianat.

Sekali lagi persoalan aku,Kenapa?

Bukan kah semua manusia berbuat silap. Jadi patutlah kita berpegang pada kata-kata tu,tapi tak bermaksud la bila kau buat silap,kau nak kena buat banyak kali. Itu mengundang kaki. Keh keh keh. Bila sekali buat kesilapan,cepat-cepatlah meminta maaf, dan berusaha tidak mengulangi lagi. Begitu juga dengan orang yang seharusnya memaafkan , Sekiranya ada orang meminta maaf, segeralah memaafkan.
Sedangkan Nabi S.a.w pun mengampunkan umatnya ,

dan ALLAH juga berfirman  :
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)


Aku pun buat silap. Banyakkkkkkkk kali,dan aku berharap agar tak mengulangi kesilapan yang sama. Sekiranya kesilapan itu adalah benda yang berdosa, segeralah bertaubat dan memohon ampun, tapi kalau boleh kawtim sesama manusia,cepat-cepat lah mintak maaf,halal makan minum. wakakaka *ingat ni hari raya ke.

Okay aku malasss nak menaip panjang, Jumpa dilain entry. Ciao!

16 March 2011

Bahana yang kau dapat diatas keBODOHan sendiri.

Pernah kau buat perkara yang mula-mula kau rasa seronok tapi akhirnya kau yang merana?Oh sudah mesti ramai yang pernah mengalaminye.hehe,Aku pun tak menafikan.

Gambar A


Suka upload gambar hot seperti gambarajah di atas?Tak kiralah dekat mana pun kau upload, My [____]? ,facebook,friendster atau mana sahaja yang kau boleh upload.Fenomena meng'upload' gambar hot yang  boleh nampak kedalaman 'Cleaveage' kau,Berapa besarnya 'boob' kau,dan betapa 'curvy' dan gebunya badan kau sememangnya berleluasa dikalangan pengguna internet ni,especially perempuan.Tak ketinggalan jugak aku suatu masa dahulu,time tu aku ligat dengan Myspace.Dah jangan nak sebuk cari gambar aku.Apa yang kita dapat dari menyumbang gambar-gambar 'hot' kita  terutamanya pada jantan-jantan 'pervert'? Takda pulangan yang baik pun, paling koman pun dapat "Serial stalker",dan kalau kau bertuah dapatlah "Serial killer" atau "Serial rapist".Seram kan?Macam dalam gambarajah A ni,aku adalah salah sorang yang menjadi mangsa atas kebodohan aku sendiri.bukan mangsa ape apa pun,cuma gambar aku dirembat dan disalahgunakan oleh makhluk-makhluk tertentu yang tak tahulah dapat apa,duit?tak mungkin. mungkin kepuasan.Ya! Bodohkan aku waktu tu?

Gambar-gambar yang dirembat tu diletakkan dalam laman-laman web tertentu untuk dijamu mata jantan-jantan 'pervert'.Wow! fofular lah kau nok!Komen-komen yang selalunya boleh kita lihat  tentunya "besarnya tek,Nak isap boleh" atau "Peh,i tak tahan tengok u ni,rasa nak main je.Jom" ataupun mereka tanpa segan silu terus bagi nombor telefon.Seram dua kali ganda.Tak begitu?Taubatlah aku dari terus lalai upload gambar gedik-gedik.Itu dulu,waktu muda-muda remaja.Sekarang,inilah aku apa adanya.Cewah! hehe.Moga berterusanlah imej aku sekarang,Amin!


Dan begitu jugak dengan kegiatan seks bebas dan merakam video intim."Make love" tanpa ikatan sah dikalangan remaja mahupun orang dewasa dekat Malaysia  ni bukan benda baru. kegiatan ini dah semakin menjadi-jadi. Kalau dulu-dulu,orang nak berjimak pergi duduk hutan belantara sane asal orang taktau.Tapi, sekarang macam dah jadi satu barah yang sangat kritikal. Orang-orang kita pada hari ni dah memang takde rasa malu nak berjimak di mana-mana tempat yang mereka suka.Bahkan macam bangga pulak melakukan seks dan merakam perbuatan seks mereka sendiri. Memang tak terkawal.Rakaman-rakaman ni memang senang nak dapat,terutamanya melalui internet,sekali klik berderet-deret senarai video.

Ini satu pengalaman seorang saudara jauh aku punya kawan.Memang dah jadi kes pun.Puncanya cukup simple, Si perempuan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan si lelaki,tapi si lelaki tak mahu terima kenyataan dan mengugut si perempuan untuk menyebarkan video intim mereka di internet. Senang kan?Kalau orang dah tak mahu,tak perlu lak menggugut sebegitu rupa,memang takda akal punye orang.haih.

Saranan akulah kan, Kalau sape-sape pon yang berniat nak berhubungan intim atau kata lainnya 'Main',dan merakam detik memori keintiman korang tu, tak kiralah dalam ikatan yang sah ikatan ataupun tak, Lupakan jela niat korang tu. Tahu tak mengundang masalah?kesannya kau dapat same jugak macam dalam gambarajah A ;'Bahana yang kau dapat diatas keBODOHan sendiri'.dan yang untung sape?makhlok-makhlok pervert yang sangap tulah.Itulah akibatnya menggedik buat rakaman video,penyudahnya kita yang sengsara wahai Perempuan oi! Apa salahnya korang menolak niat mereka tu,sama ada cara baik,atau cara kasar.Si pervert tak hairan sikit pun kalau susuk tubuh mereka dijamah orang lain,dan kebanyakkan video lucah yang ada semua nampak perempuan saja,yang laki tak nampak muka.Bijak kan?Yang menjadi masalahnya pada si perempuan,mana nak letak muka sekiranya susuk tubuh kau dijamu mata lelaki-lelaki lain? "Kucing tolol mane yang tolak ikan" kan?Kalau video tu tersebar,yang paling malu adalah kau si perempuan.Bagi lelaki ape adehal? lagipun aurat lelaki bermula antara pusat hingga lutut.setakat bogel terus,'small matter' orang putih cakap.Bukan si perempuan tu je yang dapat malu,ahli keluarga, adik beradik dan saudare mare.Kau tak rasa bersalah?

Jadi,sebelum kau memutuskan nak merakam video intim korang,fikirlah akibatnya.Apa susah-susah nak rakam,simpan saje kenangan tu dalam kotak fikiran korang.Koman-Koman pun korang boleh edit sendiri pelakon,tukar ganti watak dan lokasi menggunakan imaginasi kau.Kalau rakam pakai video,mane boleh tukar-tukar dah kan?keh keh keh.

Benda-benda macam ni memang cepat je larisnya,yang pantas mendownload sudah tentu jantan-jantan pervert.Sedarlah wahai kite semua,benda tu semua benda yg tak berfaedah,kenape mesti nak rakam saat-saat macam tu,tak cukup ke dengan merasa nak ditambah pulak dengan merakam?Yang si perempuan pulak dengan rela membenarkan si lelaki merakam dengan sewenangnya,benda dah sedap semua pun pakai langgar je ,tak gitu?Yang si lelaki pulak,ape yang korang dapat dari semua tu?Cukup-cukup lah buat masalah.

Jadi dengan itu,aku mengingatkan pada semua juga pada diri aku sendiri jugak,sebelum bertindak membuat sesuatu,fikirkan dulu akibatnya.Kesannya ,berbaloi-baloi weh!


Jumpa dilain entry.Ciao!

14 March 2011

Rasa

Hati ku kosong, senyum ku tawar.

13 March 2011

Customer always right lah sangat!

Gambar dari Google
Beberapa hari lepas buat aku sentap sedikit sebanyak,

Persoalan aku,adakah ungkapan customer always right ni sekadar ungkapan kosong  atau ada mereka yang benar-benar maksudkan. Maksud aku dalam kes seperti aku ni.

Ceritanya begini,

Sekitar Oktober 2010 aku dengan excitednya membeli sebijik Handphone,yang kebetulan antara yang terlatest dalam pasaran.tujuan aku membeli handphone ni untuk memberi hadiah pada diri sendiri sempena hari lahir aku dalam bulan tuh,dan kebetulan dah lama benar aku tak beli handphone baru.

Di pendekkan cerita,dapatlah aku membeli handphone idaman tu dekat satu kedai di Sungai Wang Plaza,aku malas nak jalan ke tempat lain,lagipun waktu tu semua kedai dah mula nak tutup.Nama kedai tak perlulah aku sebut,nanti silap-silap aku pulak kene saman.Aku memang dah aim handphone tu,duit pun bayar selepuk terus,kemudian aku balik rumah.Macam biasa kalau kita ada hanphone baru semua kita nak godeh kan?Aku pun macam tu jugak.Lepas 2 3 hari aku dah jemu menggodeh,aku pakai macam biase,letak di tempat biase.Kalau aku pegang handphone tu pun cuma nak check email,Facebook memang tak miss dan jugak SMS.

Pada minggu ke-4,time tu dah masuk bulan November.Sedang aku check email,dan update status Facebook,tiba-tiba handphone aku terpadam.Aku rileks.

Oleh kerana aku ada pengalaman bekerja part time dekat kedai handphone dulu , jadi aku tahulah serba sikit pasal handphone ni.Tapi outdated la.Hehe.

Aku cuba switch on balik handphone ni,takde respon.Aku cool.

Aku fikir,mungkin aku perlu tanggalkan bateri dan pasangkan balik,cuba lagi switch on. Gagal jugak.

Agaknye bateri 'flat' kot.Aku cuba pulak cucuk charger pada handphone aku,serius memang takde respon. Aku cuak dah.

Aku hamun sendiri. "peh baru beli siot handphone ni,takkan rosak kot.Celake! ape nak buat ni?".

Kali ni memang tak boleh nak rilek dah,Aku cuba call orang-orang yang aku rase berpengalaman untuk tanya pasal handphone ni.Jawapan yang aku dapat semua same, "bateri habis tu".

Nak sedapkan hati,aku anggap jelah jawapan diorang tu betul.So aku teruskan lah cas handphone tu sampai beberapa jam.Aku try switch on balik. Memang sah. Aku kecewa,betul-betul kecewa.
Macam mane handphone baru ni boleh rosak?Salah aku ke?Atau handphone ni re-cond?erhhhhh. Aku tension.

Seminggu kemudian aku memutuskan pergi semula ke kedai tu,untuk di check.Ada 2 makhlok kongkang dekat kedai tu, A dan B. Oleh sebab aku beli handphone tu dengan si B,jadi dengan dia jugaklah aku nak hantar handphone tu.

"you tolong tengok handphone ni takmao on la".
"Oh ,macam mane boleh jadi ini macam?" kongkang jawab.
"Ntahlah,i tengah check-check email and bukak Facebook,tiba-tiba dia mati sendiri.I try bukak balik,tapi takmau hidup".
"Okay,ini dalam seminggulah,you datang lagi" kongkang jawab balik.

SEMINGGU KEMUDIAN;
"Handphone i sudah siap?"
"Belum maa,you punya handphone software problem.Ini 2 minggu baru siap" kongkang A jawab.
"oklah i datang 2 minggu lagi".

2 MINGGU KEMUDIAN;
"Ayoo!sorrylah miss,you punya handphone tak siap lagi maa,Kita sudah hantar itu center.Center sedang check,Mungkin Sebulan lagi." kongkang A jawab,di ikuti hanggokkan kongkang B.

Aku dah start panas,

"Eh macam mane ni?hari tu you cakap seminggu,kemudian 2minggu,sekarang sebulan pulak?".
"Sorrylah miss,nanti kalau sudah siap,kita kasi tau.Kita call you." kongkang B jawab.

Aku blah.mendengus.Marah ,berbuku dalam hati.

Lepas hari tu,aku memang masak bebenau perangai kongkang-kongkang ni.Jadinya aku cuma telefon je untuk tau perkembangan handphone aku tu.Jawapannya masih sama.
BELUM SIAP

Vavik! Ape yang susah sangat nak siap handphone aku?Otak aku ni ligat berfikir,dieorang check ke tidak? buat kerja ke tidak? atau pekerja kedai tu pergi update kat center ke tidak?atau center tu siapkan handphone orang lain dulu ke?Semua soalan berpusat dekat  otak aku ni.

Diam tak diam,masuk tahun baru 2011.Bayangkan berapa kali aku call,belum lagi aku mintak bantuan kawan-kawan untuk call kan,Sebab sampai satu tahap aku dah naik meluat dengar suare same yang mengatakan, BELUM SIAP! Belum siap kepale abah kau! Sabar aku memang terbatas.

Saat ni memang dah tak terbendung lagi sabarnye.Sampaikan aku nekad nak pergi serang je kedai tu.Tapi aku masih berotak lagi,kalau jadi kes.Masalah pulak.Jadi aku berdiam diri je.Redha.Kadang-kadang tu macam dah tak hingin pun nak ambil handphone tu.Tapi memikirkan aku beli dengan gaji aku sendiri.Bersusah payah aku kumpul duit nak beli sebijik handphone baru.Walaupon harga handphone tu sekitar RM700 je.Bagi orang yang berduit RM700 tu macam celah gigi je.Tapi bagi aku macam-macam boleh aku buat dengan duit sebanyak tu.Handphone tu memang sentimental value.

Apa aku nak buat? Handphone aku ditahan lebih 4bulan.Kalau handphone rosak part software memang selama tu ke ambil mase untuk di repair?Kalau aku menghamuk dekat kedai tu,adakah mereka akan praktikan ungkapan "customer always right" tu? ATAU kongkang-kongkang tu serang balas balik?

Tekanan. Ini betul-betul tekanan.

Tapi aku nekad,kali ni,Semalam,dengan sebal hati aku pergi jugak ke kedai tu bersama teman lelaki aku.Sampai saje ke kedai si kongkang-kongkang ni memang sedang beristirehat.Aku berdiam diri,teman lelaki aku yang banyak berinteraksi dengan si kongkang.Aku dapat rasakan mereka akan memberi alasan yang same, Oh! kali ini tidak akan aku benarkan. Aku sentap,aku luahkan marah aku pada kongkang tu.Biar die tahu betapa aku sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dia. Kongkang tu cuak,dan keadaan agak kelam kabut memandangkan Nokia center sudah pun tutup.Hari sabtu, "half day" kan. Aku tak mahu ambil tahu apa pun yang si kongkang perlu buat,yang aku tahu saat itu,aku harus mendapatkan semula handphone aku.

Sejam berlalu,akhirnya penantian aku tak sia-sia. Aku dapat semula handphone aku ,boleh dikatakan hampir sama seperti set baru. Aku tersenyum puas. PUASSSSSSS.Si kongkang menerangkan betapa bermasalahnya handphone aku. Aku pekakkan telinga,seakan aku sudah tidak peduli kewujudan dia, KAH KAH KAH.Apa yang aku tahu aku susah dapat apa yang aku mahu.

"jom blah" kataku kepada teman lelaki ku.


Tamat.

11 March 2011

Adakah kau sedar kau ada ASS atau tidak?


Adakah kita ada  ASS?

ATAU

Adakah rakan kita ada ASS?

ATAU

adik,abang,kakak kita ada ASS?

ATAU 

kekasih kita ada ASS?

berapa banyak ASS da....ini bukan "ASS" yang korang fikir tuh,ini "ASS" lain.

Semalam,sedang aku belek-belek semula gambar anak-anak murid aku. Teringat pulak pada sorang anak murid aku yang gile hyper ,dan macam-macam dia buat untuk tarik perhatian kami cikgu - cikgi ni. Dia adalah pesakit ADHD/ADD.( Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

Tapi aku bukan nak menyentuh isu ADHD/ADD ni,aku nak menyentuh benda yang seakan sama dan berkaitan,tapi berlaku pada orang dewasa, iaitu Attention Seeking Syndrome atau dipendekkan jadi ASS.
Kalau ditanya mesti kebanyakkan orang tak tahu apa tu ASS, bahkan mesti ada yang tak pernah dengar pun pasal ASS ni. Padahal sindrom ASS ni ada disekeliling kita, kemungkinan boleh menjangkiti kawan-kawan, kakak, adik, abang atau girlfriend/boyfriend kita sendiri.

Dalam bahasa budak-budak sekarang ni, kita sering dengar istilah  "cari publisiti" ataucari perhatian” atau "attention seeking",Haaaa ini adalah gejala awal dari sindrom ASS. Seawal dari seseorang yang aku kenal. Seorang lelaki,kalau bergaya taknak kalah,kalau beli benda taknak kalah,kalau bercerita dialah yang bagus,hebat,terbaik dan sewaktu dengannya,kalau ada awek,awek dia jela yang cun meletop,kalau nak pegi makan mostly tempat-tempat mewah walaupun kadang-kadang duit takde.Gelak besar atau buat perkara bodoh ditempat awam. Senang cite memang show off punye orang.

Awalnya aku ingat dia ni makhlok "Ekstrovert". Jadi aku tak ambil pedulik sangat. Sebab aku tahu setiap orang kat dunia ni ada macam-macam ragam. Aku pun beragam jugak kadang-kadang. Memang masuk akal lah kan. Tapi bila perangainya dah overatted semacam ,makin lama aku rasa benda ni macam hal yang luarbiasa pulak,rasa tertarik nak ambil tahu dan mengkaji.Jadi aku pun merajinkan diri buat "homework". Rajin tak aku? keh keh keh.

Perangai  yang aku maksudkan overrated tu ialah seseorang  yang menjadikan dirinya sendiri sebagai “center stage”. Baik dalam cerita kehidupannya sehari-hari, ataupun dalam kehidupan orang lain. Jenis orang macam ni adalah orang yang menceritakan segala hal, dan semua orang yang dikenalnya kepada orang lain, walaupun orang lain tak kenal langsung tentang orang yang diceritakannya. Dalam cerita dia pada setiap orang, penderita ASS ni selalu jadi orang yang sangat penting dalam kehidupan sosial dia. Dia selalu jadi seorang yang sangat diperhatikan, dikagumi, disukai bahkan jadi idaman semua orang. Dia selalu menjadi orang yang selalu diharapkan ada dalam kehidupan orang lain. Alah,senang cerita dialah "queen of the drama" kalau jantan "king" la. Orang yang ada ASS ni suka hadapi sesuatu benda tu berlebih-lebihan, macam menangisi hal-hal kecik yang terjadi padanya dan hebohkan pada setiap orang yang sama ada die kenal atau pun die baru kenal. Satu lagi simptom yang menunjukkan orang tu ade ASS ni, jika dia menyukai sesuatu atau seseorang, dia akan menyukainya secara berlebihan, dan begitu jugak sebaliknya, jika dia membenci dia akan membencinya secara berlebihan bahkan berusaha mempengaruhi orang lain agar bersetuju dengan pendapatnya. Ada jugak orang macam ni? Aku ke salah satunye?

Menurut pakar Sosiologi Max Webber, melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian dari orang lain adalah satu “Tindakan Sosial”. Menurutnya tindakan sosial yang sangat berlebihan macam ini adalah tindakan sosial yang negative. Sebab benda yang die sibuk ceritakan tu belum tentu betul. Ni kira kes reka-reka cerita la ni. Macam Psycho pon ade jugak,seram pulak.

Dari beberapa kajian, pengalaman zaman kanak-kanak dan faktor genetik adalah faktor-faktor yang mempunyai pengaruh kuat dalam semua penderita sindrom seumpama ni.  Dalam kes ini, ASS akan muncul dalam diri manusia yang singgah tanpa perhatian mak bapak atau yang kurang diberi perhatian. ASS jugak akan muncul  sekiranya si penderita pernah mengalami trauma disebabkan kehilangan orang yang disayangi secara mendadak, dan ASS juga dapat muncul pada diri orang yang pernah dibuli dengan cara yang menyakitkan. Sebagai contoh bullying victim atau mangsa kekerasan pada masa kecik atau seseorang yang pada masa kecilnya selalu dilabel sebagai "orang yang tidak berguna" atau "LOSER" adalah merupakan  penyebab seseorang menjadi penderita ASS.

Berikut adalah beberapa ringkasan perkara yang sering dilakukan oleh penderita ASS:

  • Selalu berusaha tampil hebat,bagus daripada orang lain disekelilingnya (attention seeking).
  • Selalu menjadikan dirinya sebagai menjadi objek yang menderita (the victim) dalam kisah sedih,untuk dapatkan simpati orang dan "the heroes/heroin" dalam kisah bahagia yang terjadi dalam hidupnya.(wakakaka,macam hindustan pulak)
  • Selalu menjadi Drama Queen/King. Hidupnya adalah sebuah DRAMA
  • Mahu lebih menonjol dari orang lain.
  • Gila nak jadi "femes" / “fofuler”.
  • Menceritakan tentang semua orang dan segala hal kepada orang lain walaupun orang lain tersebut tidak bertanya.haha kronik ni.
  • Hobinya show-off segala benda yang latest, dan menyebut brand dari barang sebagai pengganti dari nama barang itu.Contohnya macam menyebut handphone dengan Iphone/BB.
  • Menunjukkan ekspresi yang berlebihan tanpa pedulikkan orang sekeliling. Contohnya  gelak kuat-kuat sambil main handphone, laptop dan gadget lainnya di tempat awam.Ade ke orang macam ni?.
  • Bersedia melakukan hal-hal extreme dan berlebihan. Contohnya bukak baju ditempat awam semata-mata nak bertaruh je.Aje gileeeee.
  • Selalu bercerita tentang dirinya yang diidamkan semua orang yang mengenalnya. Dan selalu mendapatkan pujian yang terbaik dari semua orang yang dia kenal. Macam setiap orang rela berkorban jiwa rage untuk die.Gile perasan.
Menurut Dr. Mark Dombeck,  si penderita ASS seharusnya sedar bahawa dirinya memang terkena sindrom ini. Dengan kesedaran itu, maka si penderita boleh berusaha untuk mengubati diri dari gangguan tersebut. Tetapi untuk mengetahui, menyedari dan berkeinginan untuk memperbaiki diri adalah suatu proses yang agak sulit. Dalam hal ini keluarga, teman atau orang sekeliling adalah merupakan faktor penting untuk memberi sokongan. Orang-orang sekeliling yang terdekat dapat mengingatkan apabila penderita mula melakukan gejala-gejala ASS. Tapi bila sindrom yang menghinggap sudah cukup parah maka, cara yang terbaik adalah melakukan terapi dengan pakar sakit jiwa. Takpun kita p hempuk kepala depa biar ingat dunia sikit.kah kah kah.

Kesian jugak sebenarnya. Jadi waspadalah terhadap sindrom ASS ini ye, supaya kita tak terjangkit dengan sindrom ni.

Sebelum tu,aku nak beritahu,aku cuba mencari seberapa banyak  maklumat yang boleh,jadi jika ada yang terkurang,atau salah sila perbetulkan.Entry kali ni aku isukan disebabkan aku tertarik dengan benda yang aku rasa memang ramai menghidapinya tapi tak sedar,mungkin aku pun penghidap ASS,haha.

Jumpa dilain entry.Ciao!


10 March 2011

Tiada Isi

Jari krem nak menaip.Sekian.

08 March 2011

Merokok itu nikmat katenye.

Gambar hiasan

Kalau jalan-jalan,tak kiralah kemana saja pun mesti nampak orang hisap rokok.baik tua,yang muda, perempuan pun ada.Saat stress,lepas makan,nak pergi jamban,Semuanya "fiuuuu"  "fiuuuu"  "fuhhhh".Merokok ni dah jadi satu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadang-kadang ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan.Apa rasanya merokok ni? Sedap?Apa yang aku nampak hanya asap je pun.Tapi memang tak dinafikan bahawa merokok ni memberi faedah pada penghisap di mana ianya dapat memberi ketenangan tertentu kepada penghisap untuk tempoh masa yang tertentu.Nikmatlah orang kate.

Okay,kalao diungkit isu ni,mesti ramai yang membantah,mesti ada yang kata benda remeh macam ni nak pertikai kan.Sebelum tu aku minta maaf,sebab aku isukan topik ni,tiba-tiba terasa  menaip isu ni.

Hidup aku di kelilingi perokok yang sesetengahnya perokok tegar,dan ada pulak yang "light smoker".Kalau ikutkan,lepak mana-mana pun aku akan terhidu asap rokok.Sesak nafas dibuatnya.Bukan aku menghalang orang nak merokok walaupun telah di Fatwa kan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bahawa merokok itu adalah Haram. Sungguhpun begitu masih ramai lagi orang yang tetap teruskan aktiviti merokok ni.Aku takdehal la korang nak merokok,tapi tolonglah berfikir sikit,bila nak merokok tu fikirkan kesan-kesannya dekat orang lain.Kalau korang nak mati cepat ke apa ke,at least jangan bawak orang lain same. Memanglah kita taktau bila kita mati,tak semestinya merokok boleh mati.Kadang-kadang perkara lain pun boleh jadi punca.Itu aku tau,tapi yang ini penyakit yang korang sendiri cari.Dari takda penyakit dapat pulak penyakit.Kalau dah ada keluarga,macam mana dengan anak bini?Kalau korang berharta,okay lah jugak kalau kau mati meninggal kan harta berkoyan-koyan senang lah bini kau cari laki baru,anak kau dapat bapak tiri baru.Kalaulah meninggalkan harta,kalau tak melopong lah anak bini kau.

Kalau kau masih lagi single-mingle,tapi masih ada mak bapak,kasihani la diorang.bersusah payah membela korang dari kecik sampai besau,tibe-tibe mati pulak.Itu kalau korang mati lah,kalau tak mati pun atleast dapat lah barah paru-paru ke,barah mulut ke,atau apa-apa lah.Dah la menyusahkan,Tak kasihan ke?
Berbalik pada Fatwa tadi, sebab apa fatwa tu dikeluarkan? Mungkin ramai yang tahu,tapi buat-buat tak tahu.Dan kalau ada yang tak tahu,sila-sila lah.Sekarang ni ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pulak yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok.

Ade beberapa SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
Rokok membahayakan keturunan
Rokok mengganggu manusia lain.
Rokok menimbulkan akhlak buruk
Rokok mensia-siakan waktu hidup
Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
Rokok membazirkan harta (wang)
Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Rokok menjejaskan akal (mental) dan membahayakan kesihatan fizikal.

Mesti ramai pertikaikan hal ni. "ah mane ade menjejaskan pun,Aku dah berpuluh tahun hisap rokok,waras je ni hidup sehat walafiat".

Yelah-yelah memang lah kau masih hidup pun tapi jangan lah tunggu datang penyakit baru kau nak menyesal.Kau tahu tak, Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh  badan penyelidikan terkemuka antarabangsa  membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok. Bagi wanita bukan perokok, beliau mempunyai pertambahan risiko sebanyak 30% untuk menghidap kanser paru-paru dan kelebihan 50% pula untuk diserang penyakit jantung, jika suaminya merokok.Kalau perempuan yang merokok,time-time mengandung,mintak dijauhkan lah,kesian pada baby tu.Tu pun boleh jadi punca kelahiran bayi pra-matang.Elok-elok boleh lahir normal,tibe-tibe nak kene keluar awal pulak. Haru.

Asap rokok yang berkepol-kepol tu pulak amat mengganggu keselesaan dan menjadi punca utama pencemaran udara dalaman (indoor air pollution), di kebanyakkan bangunan dan tempat awam.Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke). Ha kan tu da menyumbang kesan buruk pada orang yang tak hisap rokok?

Bila dah merokok hari-hari datang pulak ketagih kalau tak hisap,betul tak?Lebih-lebih lagi bila ketagihan ini tak dapat dipenuhi,direct terus bawak pada masalah lain yang melibatkan pihak lain seperti masalah kewangan, tekanan perasaan, perasaan marah, tidak tenang dan seumpamanyalah.Kan ke tu menyusahkan?

Cuba kira kalau sehari sekotak rokok,sebulan dah berapa?Aku ambil contoh,CONTOH katekanlah sekotak rokok 20batang RM10 X 30 hari = RM300/Sebulan .Kalau setahun dah berapa?korang kira sendiri. Sekiranya gaji bulanan korang tu banyak,mungkin sekadar angin lalu je duit tu,tapi kalau gaji ciput macammane?macammane pulak kalau yang tak bergaji mintak duit mak?tak ke haru?mane nak cekau duit hari-hari,semate mate nak bagi korang duit beli rokok.Aku bukan tuding pada sesiape,tapi kalau yang "makan cili die rase pedasnya" kan kan?Kat situ dah nampak merokok ni mebazir duit.Kalau tak beli rokok mungkin korang boleh dapat beli Plasma TV,takpun downpayment kereta,siapa tahu pulak,kalau simpan duit tu boleh bawak pergi Umrah/Haji.Yang untung orang jual rokok,dan kerajaan.Bijak-bijak.

Islam kan melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita mestilah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita.

Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)

Nak berhenti alhamdulilah, Hidup Sehat,Duit Selamat.
Kalau tak nak berhenti pun takpe,takdehal lah.Tapi bila dah dilabel sebagai Haram ,meneruskan bermakna kau menghalalkan yang haram.

Menjauhi hal-hal yang diharamkan hukumnya adalah wajib. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.
“Apa yang aku larang atas kalian, maka jauhilah ia dan apa yang aku perintahkan pada kalian, maka lakukanlah dari padanya semampumu.”( Hadits riwayat Muslim, Kitaabul Fadhaa’il)


Ape-ape pon aku mintak maaf kalau ada yang terasa dengan entry ni,bukan nak membangkit kemarahan sesiapa,sekadar menaip saje.

Jumpa dilain entry.

07 March 2011

Cinta itu buta salah satunya.

Satu situasi di kedai kasut

Promoter 1: weh,weh, tengok tu.
Promoter 2: Tengok ape?
Promoter 1: Tu,Couple yang baru masuk tu,kau tengok boyfriend die.
Promoter 2: aah la,takleh blah.Cane leh perempuan tu boleh terpikat kan?
Gelak-gelak kecil antara mereka.
Promoter 3: mungkin bukan couple kot.Kawan je,mane kita tau.
Promoter 1: Couple! tadi aku dengar perempuan tu panggil sayang.
Promoter 2: Awek die punye lah cun,comel. Tapi boyfriend die tak handsome langsung.
Promoter 3: Dah taste dia macam tu,nak buat macam mane?
Promoter 1: Cinta tu memang buta kan?
Semua mengangguk setuju.

***********************************************

Kalau korang terer korang mesti tau bab ape kita belajar hari ni,ekekeke.
Ye,betul mengenai pandangan mata kita terhadap pasangan yang kita nampak macam tak padan.Walaupun begitu mereka bahagia disamping pasangan mereka.Sama ada Gf cun Balak macam harem, Atau Gf tak cun Balak hengsem gile muka stok-stok gay.memang hengsem la senang cite.
Rata-rata kalau kita tengok pasangan macam ni,mesti kita terfikir macam mane diorang boleh couple atau jodoh panjang sampai berkahwin?
Gambar Hiasan

Banyak faktor sebenarnye yang kite boleh ambik kire.Kadang-kadang bile gf cun meletop,balak pulak macam kayu balak,tapi banyak duit.memang tokey balak,pun boleh jadi couple jugak.
Begitu jugak dengan Gf yang kurang cantik ,Tapi balak super hengsem.Mungkin sebab si perempuan keje best,kalau keje best dah tentu banyak duit,pastu bapak pulak kontraktor kelas A.Memang lah si balak ni pandang gf kureng cantik die sebelah mate jek.kehkehkeh.
Tapi tu kendian cite,yang aku nak kupaskan harini pasal yang betul-betul ikhlas dalam perhubungan diorang.Takde istilah duit banyak,mak bapak kaye,dalam bank ade ratus ribu,pakai kereta BMW.Yang diorang utamakan adalah hubungan tu sendiri,berlandaskan keikhlasan,tolenransi dan kesetiaan dan macam-macam lagilah.

Lain orang,lain taste dan ragamnye. Tak semua perempuan cantik idam lelaki hengsem yang orang kate sepadan. macam "pinang dibelah dua". Kenapa? Okay,dari sudut pandangan aku,kadang-kadang perempuan cun bak dewi ni,memilih lelaki yang sebegini mungkin sebab daya tarikan si lelaki tu sendiri,sebagai contoh,walaupon muke tak hengsem,tapi hati baik.Kalau bertuah si lelaki ni patuh pada perintah agama,sekurang-kurangnya boleh membimbing kita yang perempuan ni.betul tak?Lelaki macam ni cenderung untuk setia,kadang-kadang ada pulak yang jenis penyabar dan bertolak ansur.Kalau dapat yang kerja bagus,yang pandai mencari duit,itu adalah bonus untuk pasangan dieorang,tapi yang penting kalau memahami diri awek diorang,lagilah baik untuk hubungan tu.Lelaki macam ni dapat pulak gf yang cun,memang jaga baek punye lah."bagai menatang minyak yang penuh". Awek cun weh,tak kan nak bagi orang lain kebas.hehe.Tapi itu dari sudut pandangan aku,orang lain mungkin pandangan lain.

Begitu jugak kalau si gf tak cun,balaknye hengsem memukau mata.ekekeke.kalau pasangan macam ni,ramai jugak orang hairan,Aku pun hairan jugak.Jeles pun hade.Macam mane perempuan tak berapa nak lawa ni,dapat bf yang hengsem buat meleleh air liur,itu perumpamaan je.Takat ni,aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang buat aku meleleh air liur pun.hehe.Ha kan?Apakah yang si lelaki pandang pada gf nya yang kurang cantik ni?Rata-rata dari apa yang aku survey,bertanya pada lelaki hengsem yang ada awek tak cun ni,diorang jawab benda yang same.

" Biarlah tak cun der,awek aku baik hati"

"Ape ada pada rupa?Kadang-kadang muka cun takleh pakai,biarlah tak cun tapi aku bahagia"

Ada pulak yang jawab macam ni.
"Cinta itu buta,walau aku jumpa yang cun macam mana pun,kalau hati aku tertarik pada yang tak cun,nak buat macam mana?"

Aku respect lah pada lelaki-lelaki hengsem macam ni.Kau treat awek kau baik,kau akan dapat yang terbaik.
Bagi aku pulak,dapat yang tak hengsem/cun pun takpa,dapat yang hengsem/cun itu satu bonus. Yang penting sebenarnya macam mane hubungan tu berakhir.Adakah setakat couple saja,atau sampai ke jinjang pelamin?
Jangan memandang hanya pada rupa utnuk mencari hubungan abadi,pandang pada hati.Okey hati takleh pandang,maksud aku kenal orang tu macam mane?adakah dia boleh bersama kau ketika susah,gembira kala kau senang,dan jaga kau ketika kau sakit,yang menyayangi kau sehingga hujung waktu,yang menerima kau seadanya.dan membimbing kau mencari syurga ?Itu yang patut kita utamakan.Rupa,wang ringgit,pangkat dan darjat tak menjamin kebahagiaan yang kau nak.Fikir-fikirkan lah.

jumpa lagi dilain enntry. ciao!

Siapa?


kalau kau merajuk,siapa yang kau harap memujuk?

kalau kau menangis,siapa yang kau harap simpati?
kalau kau ketawa,siapa yang kau harap gembira?
kalau kau susah,siapa yang kau harap menolong?
kalau kau kaya,siapa yang kau harap berkongsi?
kalau kau alpa.siapa yang kau harap mengingatkan?
kalau kau terjatuh,siapa yang kau harap menghulurkan tangan?
kalau kau sakit,siapa kau harap melawat?
kalau kau mati,siapa kau harap redha kau pergi?

siapa?

06 March 2011

Minuman kegemaran.

Aku seorang penggemar kopi.

Bercakap pasal ni,semua orang ada minuman petang kegemaran masing-masing.kalau tak minum petang,mungkin malam,pagi,subuh.Masa masing-masing kan?Aku pun tak terlepas dari ada minuman kegemaran.Kopi adalah kegemaran aku sejak dari kecik lagi,bahkan bukan aku saja,seluruh ahli keluarga aku memang 'Hantu Kopi'.Kalau dekat rumah memang tak sah kalau takda air kopi sebagai minum pagi dan petang.Kalau takda kat rumah pun,salah sorang dalam rumah tu sanggup pergi kedai beli kopi semata-mata nak minum,ini dah dikira sebagai ketagihan kan?haha.

Okay,dalam banyak-banyak kopi yang ada dekat pasaran kita ni,hanya satu je kopi kegemaran aku,iaitu kopi jenama 434.Kopi ni popular dikalangan penduduk Johor dan juga di Asia Tenggara.Hebat tak hebatlah kan.Kehkehkeh! .Kopi ni dikeluarkan oleh syarikat Sai Kee.Kilang kopi ni bertempat di Muar ,Johor kampung kelahiran aku.Dan kedai yang menjual kopi  ni betul-betul berdepan dengan Perhentian Bas Bentayan.Kalau berjalan ke Muar,singgahlah dekat kedai kopi ni.Korang boleh minum dekat situ jugak,sebab disediakan cafe kecil untuk pengunjung  yang datang untuk merasa kopi ni.Cubalah rasa,memang marvelous wa cakap lu! hehe.
Ini adalah salah satu jenis kopi yang menjadi kegilaan aku sekeluarga,

Rasa kopi ni unik dan bau die harum sangat.Kalau korang peminat kopi sekali cuba memang lu nak lagi beb!  " Enjoy your first cup and you will fall in love with it" petikan dari laman web Saikee.com

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal kopi ni aku dengan bangganya serta kan alamat dibawah,kalau-kalau korang nak pergi sendiri merasa kehebatan kopi ni.
Alamat:
121, Jalan Maharani, 84000 Muar, Johor.
(berdepan Perhentian Bas Bentayan).
TEL: (606) 951 3046
Waktu perniagaan :
Isnin-Sabtu       :       8:30 AM - 5:30 PM
Ahad       :       9:00 AM - 4:30 PM

Tapi kalau korang nak tahu lebih lagi jenguk-jenguklah laman web ni;
 http://www.saikee.com/


Selamat mencuba, Okay aku nak pergi minum kopi. ciao!

05 March 2011

Hyperhidrosis

Berdasarkan tajuk diatas,apa yang korang tau ?

Orait,aku nak bercerita sikit tentang penyakit ni dan juga pengalaman
aku sebagai seorang pesakit Hyperhidrosis. YES!Hyperhidrosis ni adalah sejenis penyakit. Perpeluhan secara berlebihan di beberapa bahagian tubuh badan kita.Setakat peluh setitik dua memang tak main lah.Ini peluh yang korang boleh perah punya.haha.Sekurang-kurangnya ada 176juta manusia yang menghidapi penyakit ni,banyak kan?
Hasil bantuan Encik Google,mendapati penyakit ni terbahagi kepada 2 bahagian,iaitu Primer yang tidak diketahui puncanya,maksudnya tiba-tiba je kau boleh dapat penyakit ni atau Sekunder yang disebabkan penyakit-penyakit lain seperti kencing manis/diabetis,hypertirodism,batuk kering,obesiti,kehamilan serta menopaus.
Kebiasaannya Hyperhidrosis ni menyerang di tapak tangan(Palmar Hyperhidrosis), ketiak(Axillary Hyperhidrosis) ,muka dan dahi(Facial Hyperhidrosis) serta tapak kaki(Plantar Hyperhidrosis).Ini adalah favourite 'spot' Hyperhidrosis .Tapi kadangkala penyakit ni menyerang bahagian belakang badan,belakang kaki dan juga celah kelangkang.Jage-jage cik salmah!

Aku menghidap penyakit ni sejak dari awal remaja lagi,seingat aku sejak aku Tadika lagi.Waktu tu aku menyertai pertandingan melukis dan lukisan yang aku hantar tu comot dan basah.tapi mase tu aku kecik lagi,ape aku kesah kan?haha.Sehinggalah aku meningkat remaja,semakin lama semakin kronik pulak sistem perpeluhan aku ni.Tapi aku tak menjangkakan peluh berlebihan ni satu penyakit sehinggalah beberapa tahun lepas aku 'Gatal Tangan' nak tahu ape sebenarnya penyakit aku ni.Dan sekarang aku tahu.Boleh dikatakan penyakit aku ni mungkin diwarisi dari keluarga belah ayah.Sebab kadang-kadang aku tengok ayah pon berpeluh disekitar tangan.Semua adik-beradik perempuan aku mempunyai penyakit ni,tapi yang paling kronik hanya aku .* bangga.Sesungguhnya aku adalah dikalangan manusia istimewa sebab dapat penyakit macam ni,mana kau nak jumpe orang yang tangan dan kaki dia berpeluh macam baru lepas sauna? tehehehe.
Bagi sesetengah penghidap Hyperhidrosis ni mungkin ia adalah satu beban kerana mengganggu perjalanan rutin harian dia orang.Bila ada penyakit ni semua benda kau nak buat terbatas.Tapi bagi aku pulak ,'Alah bisa tegal biasa'. Aku dah terbiasa dengan keadaan peluh berlebihan ni,jadi tiada masalah besar pun nak menjalani rutin harian aku.Dari dirumah hinggalah ketempat kerja,semua bisa diatur.
Pesakit hyperhidrosis ni selalunya kurang keyakinan diri dalam penampilan mereka,Mereka perlu berhati-hati memilih kasut,baju dan kadangkala cuaca panas juga perlu dielakkan.Kasut boleh berbau,baju boleh lencun.Tapi tu boleh 'settle' kalau kau tahu jaga kebersihan diri.Macam aku sekarang ni tengah menaip dalam keadaan tangan berpeluh,padahal duduk dalam 'aircond' der.Bila jumpa kawan-kawan nak bersalam pun malu,sebab tangan basah,kalau pasangan kekasih atau suami isteri nak berpegangan tangan agak payah jugaklah kalau tangan sentiasa berair,bagi pasangan yang jenis tak kesah memang takde hal,tapi bagi pasangan yang berkira,memang sulit.nak isi borang pun sulit juga.Kadangkala borang tu lunyai,terpaksalah alas dengan sesuatu untuk mengelakkan borang tu hancur.haha!Yang paling menyulitkan bila aku naik 'public transport' seperti bas atau 'train' Kalau aku dapat 'seat' memang bertuahlah,tapi kalau aku terpaksa berdiri dan untuk mengelakkan jatuh sebab pakcik bawak bas macam nak berlumba 'Go-Kart' terpaksa lah aku pegang besi yang ada dekat-dekat 'seat' bas tu,untuk elakkan dari mencuri pandangan mata orang lain,aku lebih 'prefer' pegang seat dari besi yang ada,'At least' pegang seat tak nampak sangat peluh yang jatuh,kalau pegang besi memang 'Crystal clear' peluh aku jatuh,meleleh-leleh wa cakap lu. haha!Kalau naik 'train' pulak keadaan lebih mudah sedikit sebab aku memang jarang pon naik,kalau naik pon selalunya memang dapat duduk lah.hehe.

Penyakit ni boleh dirawat pun sebenarnya,Ada banyak jenis rawatan tapi yang 99% berkesan adalah dengan 'Surgery'.Mana-mana kelenjar peluh yang bermasalah tu doktor akan buang sikit untuk mengurangkan pengeluaran peluh tu.Selalunya kos 'Surgery' ni bergantung pada pusat rawatan tu sendiri,kalau 'private' mahal lah,kalau kerajaan mungkin murah sikit.Duit kita hak kita nak pilihlah kan?Walau macammana sekalipun aku takkan buat 'Surgery' atau apa-apa rawatan untuk penyakit aku ni,Aku redha dan terima jelah.Tapi pada sesiapa yang rasa nak menjalani hidup baru dan lebih mudah pergilah buat surgery tu,pasti tiada peluh-peluh lencun lagi.Mesti seronok kan?
Siapa-siapa yang ada penyakit ni,marilah 'Tag-team' dengan aku.Kita boleh buat party peluh,haha!

Ok,Ok.'keyboard' ni pon dah berpeluh.Jumpa dilain entry. Chalo!

04 March 2011

Tambah lagi seorang blogger.

Orang nak berblog,aku pon sibuk juga.Penglibatan aku dalam dunia blog ni seawal 2004,tapi aku bukanlah seorang blogger tegar,dan aku juga bukan seorang penulis yang punya banyak idea.Tapi disebabkan aku mahu juga ber'blogging' maka aku libatkan diri,yang sudahnya sekitar beberapa bulan aku berhenti menulis.dan kemudian sambung semula,begitulah seterusnya sehingga tahun 2006 aku terus berhenti.

Kali ni aku kembali lagi dalam dunia blog yang aku rasa semakin panas dan hebat dengan idea-idea penulisan blogger lain.Okay tak nak cakap banyak,aku perkenalkan diri aku sebagai Ainno M, nama sebenar dirahsiakan.Blog ini diregister seperti yang dilihat di ruang "address" sebagai "akumenaipbukanmenulis.blogspot.com" .Penulisan cerita dalam blog ini berkisarkan kebanyakkan tentang hidup aku sebagai seorang perempuan yang berumur kurang dari 30tahun.Umur sebenar juga dirahsiakan.Tak penting pun kan?hehe.Tiada istilah mencapap dalam blog ni,mungkin kurang atau tiada langsung gambar aku,kalau yang ada pun sekadar gambar hiasan.*kalao gambar aku pun bukan korang tau.keh keh keh!

Selain berkisar tentang pengalaman,aku akan ceritakan tentang isu ditempat kerja dan juga perkara-perkara yang terjadi disekeliling aku.Seperti juga kebanyakkan blog lain yang berceita tentang rutin harian mereka,aku pun tak ketinggalan.

Aku bukan seorang yang 'into' politik ,jadi mungkin tiada langsung cerita tentang politik,namun aku gemar membaca pandangan dan luahan perasaan blogger-blogger kita ,serta idealisma mereka tentang politik,kalau ada terselit dua dalam blog ni,bertuah la korang.haha. Begitu juga tentang gadjet.Aku bukan penggemar gadjet apatah lagi mengumpulnya.Jadi kalau tiada kisah-kisah tentangnya,korang tak perlu hairan.Gadjet yang aku ada pun cuma sebiji telefon bimbit lama jenama Nokia dan sebuah Netbook jenama Dell. 'Pathetic' kan?

Sebagai seorang perempuan aku juga tak lari dari bercerita tentang fesyen,walaupun aku bukanlah seorang yang pandai berfesyen dan review tentang makanan serta tempat menarik yang aku lawati pun ada jugak.bergantung juga pada mood aku untuk menulis,Eh! menaip,kahkahkah.

Secara keseluruhannya blog ini bercerita tentang pendapat aku,pengalaman aku sebagai seorang perempuan yang bernama Ainno M.Sekiranya bernasib baik,akan aku selitkan pandangan aku tentang isu-isu perkahwinan walaupun aku masih belum berkahwin.Tehehehe

Okay,jumpa dilain entry. ciao!

Tertanya-tanya

Kenapa sekarang ni ramai sangat orang yang suka menunjuk berapa banyak dan berapa canggeh gadget yang dia ada?


dah itu je aku nak taip.kbye!

03 March 2011

jijik

Pernah tak kau rasa tiba-tiba perut kau memulas dan kau bergegas ke jamban,tapi malang kau tak berbau, kau tak sempat dan cecair busuk itu menyembur ke dinding? Aku baru je alaminya.

Seingat aku,ini kali pertama dalam hidup aku mencirit sebegini rupa.Lega rasanya kalau kau dapat habiskan semua sisa toksik yang terkumpol tu.Jijik bukan?

Itu boleh dibersihkan sehingga hilang bau ,warna dan rasa.Tak berdosa.
Bagi aku jijik lagi jika kau membuntingkan anak dara orang dan kau taknak bertanggungjawab,dan si perempuan keji itu pula tiada kesedaran diri untuk menebus dosa yang sedia ada,lalu memutuskan untuk membuang semaian benih kau.Itu lagi jijik,tahu?

perut aku memulas lagi,jumpa dilain entry.