Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

11 March 2011

Adakah kau sedar kau ada ASS atau tidak?


Adakah kita ada  ASS?

ATAU

Adakah rakan kita ada ASS?

ATAU

adik,abang,kakak kita ada ASS?

ATAU 

kekasih kita ada ASS?

berapa banyak ASS da....ini bukan "ASS" yang korang fikir tuh,ini "ASS" lain.

Semalam,sedang aku belek-belek semula gambar anak-anak murid aku. Teringat pulak pada sorang anak murid aku yang gile hyper ,dan macam-macam dia buat untuk tarik perhatian kami cikgu - cikgi ni. Dia adalah pesakit ADHD/ADD.( Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

Tapi aku bukan nak menyentuh isu ADHD/ADD ni,aku nak menyentuh benda yang seakan sama dan berkaitan,tapi berlaku pada orang dewasa, iaitu Attention Seeking Syndrome atau dipendekkan jadi ASS.
Kalau ditanya mesti kebanyakkan orang tak tahu apa tu ASS, bahkan mesti ada yang tak pernah dengar pun pasal ASS ni. Padahal sindrom ASS ni ada disekeliling kita, kemungkinan boleh menjangkiti kawan-kawan, kakak, adik, abang atau girlfriend/boyfriend kita sendiri.

Dalam bahasa budak-budak sekarang ni, kita sering dengar istilah  "cari publisiti" ataucari perhatian” atau "attention seeking",Haaaa ini adalah gejala awal dari sindrom ASS. Seawal dari seseorang yang aku kenal. Seorang lelaki,kalau bergaya taknak kalah,kalau beli benda taknak kalah,kalau bercerita dialah yang bagus,hebat,terbaik dan sewaktu dengannya,kalau ada awek,awek dia jela yang cun meletop,kalau nak pegi makan mostly tempat-tempat mewah walaupun kadang-kadang duit takde.Gelak besar atau buat perkara bodoh ditempat awam. Senang cite memang show off punye orang.

Awalnya aku ingat dia ni makhlok "Ekstrovert". Jadi aku tak ambil pedulik sangat. Sebab aku tahu setiap orang kat dunia ni ada macam-macam ragam. Aku pun beragam jugak kadang-kadang. Memang masuk akal lah kan. Tapi bila perangainya dah overatted semacam ,makin lama aku rasa benda ni macam hal yang luarbiasa pulak,rasa tertarik nak ambil tahu dan mengkaji.Jadi aku pun merajinkan diri buat "homework". Rajin tak aku? keh keh keh.

Perangai  yang aku maksudkan overrated tu ialah seseorang  yang menjadikan dirinya sendiri sebagai “center stage”. Baik dalam cerita kehidupannya sehari-hari, ataupun dalam kehidupan orang lain. Jenis orang macam ni adalah orang yang menceritakan segala hal, dan semua orang yang dikenalnya kepada orang lain, walaupun orang lain tak kenal langsung tentang orang yang diceritakannya. Dalam cerita dia pada setiap orang, penderita ASS ni selalu jadi orang yang sangat penting dalam kehidupan sosial dia. Dia selalu jadi seorang yang sangat diperhatikan, dikagumi, disukai bahkan jadi idaman semua orang. Dia selalu menjadi orang yang selalu diharapkan ada dalam kehidupan orang lain. Alah,senang cerita dialah "queen of the drama" kalau jantan "king" la. Orang yang ada ASS ni suka hadapi sesuatu benda tu berlebih-lebihan, macam menangisi hal-hal kecik yang terjadi padanya dan hebohkan pada setiap orang yang sama ada die kenal atau pun die baru kenal. Satu lagi simptom yang menunjukkan orang tu ade ASS ni, jika dia menyukai sesuatu atau seseorang, dia akan menyukainya secara berlebihan, dan begitu jugak sebaliknya, jika dia membenci dia akan membencinya secara berlebihan bahkan berusaha mempengaruhi orang lain agar bersetuju dengan pendapatnya. Ada jugak orang macam ni? Aku ke salah satunye?

Menurut pakar Sosiologi Max Webber, melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian dari orang lain adalah satu “Tindakan Sosial”. Menurutnya tindakan sosial yang sangat berlebihan macam ini adalah tindakan sosial yang negative. Sebab benda yang die sibuk ceritakan tu belum tentu betul. Ni kira kes reka-reka cerita la ni. Macam Psycho pon ade jugak,seram pulak.

Dari beberapa kajian, pengalaman zaman kanak-kanak dan faktor genetik adalah faktor-faktor yang mempunyai pengaruh kuat dalam semua penderita sindrom seumpama ni.  Dalam kes ini, ASS akan muncul dalam diri manusia yang singgah tanpa perhatian mak bapak atau yang kurang diberi perhatian. ASS jugak akan muncul  sekiranya si penderita pernah mengalami trauma disebabkan kehilangan orang yang disayangi secara mendadak, dan ASS juga dapat muncul pada diri orang yang pernah dibuli dengan cara yang menyakitkan. Sebagai contoh bullying victim atau mangsa kekerasan pada masa kecik atau seseorang yang pada masa kecilnya selalu dilabel sebagai "orang yang tidak berguna" atau "LOSER" adalah merupakan  penyebab seseorang menjadi penderita ASS.

Berikut adalah beberapa ringkasan perkara yang sering dilakukan oleh penderita ASS:

  • Selalu berusaha tampil hebat,bagus daripada orang lain disekelilingnya (attention seeking).
  • Selalu menjadikan dirinya sebagai menjadi objek yang menderita (the victim) dalam kisah sedih,untuk dapatkan simpati orang dan "the heroes/heroin" dalam kisah bahagia yang terjadi dalam hidupnya.(wakakaka,macam hindustan pulak)
  • Selalu menjadi Drama Queen/King. Hidupnya adalah sebuah DRAMA
  • Mahu lebih menonjol dari orang lain.
  • Gila nak jadi "femes" / “fofuler”.
  • Menceritakan tentang semua orang dan segala hal kepada orang lain walaupun orang lain tersebut tidak bertanya.haha kronik ni.
  • Hobinya show-off segala benda yang latest, dan menyebut brand dari barang sebagai pengganti dari nama barang itu.Contohnya macam menyebut handphone dengan Iphone/BB.
  • Menunjukkan ekspresi yang berlebihan tanpa pedulikkan orang sekeliling. Contohnya  gelak kuat-kuat sambil main handphone, laptop dan gadget lainnya di tempat awam.Ade ke orang macam ni?.
  • Bersedia melakukan hal-hal extreme dan berlebihan. Contohnya bukak baju ditempat awam semata-mata nak bertaruh je.Aje gileeeee.
  • Selalu bercerita tentang dirinya yang diidamkan semua orang yang mengenalnya. Dan selalu mendapatkan pujian yang terbaik dari semua orang yang dia kenal. Macam setiap orang rela berkorban jiwa rage untuk die.Gile perasan.
Menurut Dr. Mark Dombeck,  si penderita ASS seharusnya sedar bahawa dirinya memang terkena sindrom ini. Dengan kesedaran itu, maka si penderita boleh berusaha untuk mengubati diri dari gangguan tersebut. Tetapi untuk mengetahui, menyedari dan berkeinginan untuk memperbaiki diri adalah suatu proses yang agak sulit. Dalam hal ini keluarga, teman atau orang sekeliling adalah merupakan faktor penting untuk memberi sokongan. Orang-orang sekeliling yang terdekat dapat mengingatkan apabila penderita mula melakukan gejala-gejala ASS. Tapi bila sindrom yang menghinggap sudah cukup parah maka, cara yang terbaik adalah melakukan terapi dengan pakar sakit jiwa. Takpun kita p hempuk kepala depa biar ingat dunia sikit.kah kah kah.

Kesian jugak sebenarnya. Jadi waspadalah terhadap sindrom ASS ini ye, supaya kita tak terjangkit dengan sindrom ni.

Sebelum tu,aku nak beritahu,aku cuba mencari seberapa banyak  maklumat yang boleh,jadi jika ada yang terkurang,atau salah sila perbetulkan.Entry kali ni aku isukan disebabkan aku tertarik dengan benda yang aku rasa memang ramai menghidapinya tapi tak sedar,mungkin aku pun penghidap ASS,haha.

Jumpa dilain entry.Ciao!


2 comments:

sumaiyah mokhtar said...

orang yang over ASS ni buat org menyampahkn kdang2?

Perempuan Lanjut Usia said...

bukan kadang-kadang dik,selalunya.kehkehkeh.