Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

24 March 2011

Badut lucu menjadi sesuatu yang mengerikan.

Aku Coulrophobia. Ya. aku fobia pada kelaun a.k.a Badut .




Entah dari mana aku boleh ada ketakutan ekstrim terhadap badut. Tapi masih boleh dikawal, bukan seperti orang gila nampak badut terus nak histeria, bukan. Aku masih lagi boleh mengawal ketakutan tu dengan memandang benda lain, Sebagai mengalih pandangan terhadap muka buruk yang dicalit cat merah dekat hidung tu. Tolonglah, buruk bebenau.


Tak tahu pulak aku takut kepada badut ni adalah satu phobia. Dengan apa yang aku baca, untuk overcome penyakit ketakutan ni, aku kena berani menghadapi makhlok kelaun ni depan-depan. Setakat ni tak berani lagi, sebab dari jarak jauh je aku dah rase seram dengan makhlok kelaun ni. Terbayang gigi bertaring, mulut keluar darah, tangan bertukar buruk keluar kuku panjang. Taknak! Belum bersedia lagi. Atau mungkin aku tak kan dapat hadapi sampai ke tua pun.


Pernah satu hari, aku berjalan dengan rakan-rakan dekat satu shopping complex. Girls day out, memang masing-masing sibuk tengok baju tu, tengok kasut ni, sampai jalan sebelah siapa pun tak perasan. Aku pun tak ketinggalan. Sedang asyik menjamu mata tengok baju yang ada Sale ,aku terus capai tangan yang aku sangkakan tangan kawan aku, tapi bila aku menoleh malangnya aku nampak muke-buruk-gigi-kuning sedang tersengih pada aku. Dunia aku gelap, ape yang aku tahu aku menjerit dan menangis. Kawan-kawan gelakkan aku, Tiada siapa tahu aku ni clown phobic.


Sampai sekarang aku masih lagi takut dengan mahklok kelaun ni. Di saat sesetengah orang rasa badut itu melucukan, aku pulak merasakan badut itu adalah satu makhluk yang mengerikan. *Mengeluh


9 comments:

Azroy Bin Kassim said...

mesti byk tgk cite batman ni..

Perempuan Lanjut Usia said...

hol aloh.minat pulak tgk cite spender keluo tu.hahaha.

Chue Syuehada said...

ainno: kelaun tu ape???tapi dulu kecik2 mmg aku takot badut tu.g funfair pun terbayang2 takot kena culik ngn badot. tehehe!

crayon said...

ada orang takleh tengok badut.. timbul perasaan benci.. aku salah sorang

ismail said...

syukur aku tak fobia dengan kelaun.

tapi bab tangan orang tu ... teringat member aku sorang tu ...

kitorang gi lowyat ... tengah sembang2 dengan dia .. pastu dia senyap ..

aku tengok kiri dah takda ... aik!

dalam seminit camtu dia datang balik kat aku ....

dia senyum2 ....

rupanya ada satu awek ni tarik tangan dia ... dia pon follow ja ... sampai awek tu prasan bukan kawan dia yang dia tarik tu ...

hahahahaha ...

(tak tau apa kes awek tu)

Perempuan Lanjut Usia said...

chue-kelaun to badot leee

crayon: ang pon takot badot ka?

ismail: haha,awat awek tu tak p bawak balik rumah ja?

crayon said...

aku tak takot badot.. tapi aku meluat.. tambah pulak kalau badut tu muka cam hang..

afrohead said...

masa kecik2 saya pun takut. tapi sebab tengok cerita badut makan budak,, and guess what? he's the exact same clown dalam gambar entri awak ni..

nama dia Pennywise The Clown.

nah awak baca kat sini http://www.imdb.com/title/tt0099864/

Perempuan Lanjut Usia said...

kehkehkeh.tak nak le nengoknye.seram. biarlah tunjuk org makan orang,orang kene bunuh, orang kene dera. tapi jangan tunjuk badot.