Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

08 March 2011

Merokok itu nikmat katenye.

Gambar hiasan

Kalau jalan-jalan,tak kiralah kemana saja pun mesti nampak orang hisap rokok.baik tua,yang muda, perempuan pun ada.Saat stress,lepas makan,nak pergi jamban,Semuanya "fiuuuu"  "fiuuuu"  "fuhhhh".Merokok ni dah jadi satu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadang-kadang ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan.Apa rasanya merokok ni? Sedap?Apa yang aku nampak hanya asap je pun.Tapi memang tak dinafikan bahawa merokok ni memberi faedah pada penghisap di mana ianya dapat memberi ketenangan tertentu kepada penghisap untuk tempoh masa yang tertentu.Nikmatlah orang kate.

Okay,kalao diungkit isu ni,mesti ramai yang membantah,mesti ada yang kata benda remeh macam ni nak pertikai kan.Sebelum tu aku minta maaf,sebab aku isukan topik ni,tiba-tiba terasa  menaip isu ni.

Hidup aku di kelilingi perokok yang sesetengahnya perokok tegar,dan ada pulak yang "light smoker".Kalau ikutkan,lepak mana-mana pun aku akan terhidu asap rokok.Sesak nafas dibuatnya.Bukan aku menghalang orang nak merokok walaupun telah di Fatwa kan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bahawa merokok itu adalah Haram. Sungguhpun begitu masih ramai lagi orang yang tetap teruskan aktiviti merokok ni.Aku takdehal la korang nak merokok,tapi tolonglah berfikir sikit,bila nak merokok tu fikirkan kesan-kesannya dekat orang lain.Kalau korang nak mati cepat ke apa ke,at least jangan bawak orang lain same. Memanglah kita taktau bila kita mati,tak semestinya merokok boleh mati.Kadang-kadang perkara lain pun boleh jadi punca.Itu aku tau,tapi yang ini penyakit yang korang sendiri cari.Dari takda penyakit dapat pulak penyakit.Kalau dah ada keluarga,macam mana dengan anak bini?Kalau korang berharta,okay lah jugak kalau kau mati meninggal kan harta berkoyan-koyan senang lah bini kau cari laki baru,anak kau dapat bapak tiri baru.Kalaulah meninggalkan harta,kalau tak melopong lah anak bini kau.

Kalau kau masih lagi single-mingle,tapi masih ada mak bapak,kasihani la diorang.bersusah payah membela korang dari kecik sampai besau,tibe-tibe mati pulak.Itu kalau korang mati lah,kalau tak mati pun atleast dapat lah barah paru-paru ke,barah mulut ke,atau apa-apa lah.Dah la menyusahkan,Tak kasihan ke?
Berbalik pada Fatwa tadi, sebab apa fatwa tu dikeluarkan? Mungkin ramai yang tahu,tapi buat-buat tak tahu.Dan kalau ada yang tak tahu,sila-sila lah.Sekarang ni ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pulak yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok.

Ade beberapa SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
Rokok membahayakan keturunan
Rokok mengganggu manusia lain.
Rokok menimbulkan akhlak buruk
Rokok mensia-siakan waktu hidup
Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
Rokok membazirkan harta (wang)
Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Rokok menjejaskan akal (mental) dan membahayakan kesihatan fizikal.

Mesti ramai pertikaikan hal ni. "ah mane ade menjejaskan pun,Aku dah berpuluh tahun hisap rokok,waras je ni hidup sehat walafiat".

Yelah-yelah memang lah kau masih hidup pun tapi jangan lah tunggu datang penyakit baru kau nak menyesal.Kau tahu tak, Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh  badan penyelidikan terkemuka antarabangsa  membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok. Bagi wanita bukan perokok, beliau mempunyai pertambahan risiko sebanyak 30% untuk menghidap kanser paru-paru dan kelebihan 50% pula untuk diserang penyakit jantung, jika suaminya merokok.Kalau perempuan yang merokok,time-time mengandung,mintak dijauhkan lah,kesian pada baby tu.Tu pun boleh jadi punca kelahiran bayi pra-matang.Elok-elok boleh lahir normal,tibe-tibe nak kene keluar awal pulak. Haru.

Asap rokok yang berkepol-kepol tu pulak amat mengganggu keselesaan dan menjadi punca utama pencemaran udara dalaman (indoor air pollution), di kebanyakkan bangunan dan tempat awam.Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke). Ha kan tu da menyumbang kesan buruk pada orang yang tak hisap rokok?

Bila dah merokok hari-hari datang pulak ketagih kalau tak hisap,betul tak?Lebih-lebih lagi bila ketagihan ini tak dapat dipenuhi,direct terus bawak pada masalah lain yang melibatkan pihak lain seperti masalah kewangan, tekanan perasaan, perasaan marah, tidak tenang dan seumpamanyalah.Kan ke tu menyusahkan?

Cuba kira kalau sehari sekotak rokok,sebulan dah berapa?Aku ambil contoh,CONTOH katekanlah sekotak rokok 20batang RM10 X 30 hari = RM300/Sebulan .Kalau setahun dah berapa?korang kira sendiri. Sekiranya gaji bulanan korang tu banyak,mungkin sekadar angin lalu je duit tu,tapi kalau gaji ciput macammane?macammane pulak kalau yang tak bergaji mintak duit mak?tak ke haru?mane nak cekau duit hari-hari,semate mate nak bagi korang duit beli rokok.Aku bukan tuding pada sesiape,tapi kalau yang "makan cili die rase pedasnya" kan kan?Kat situ dah nampak merokok ni mebazir duit.Kalau tak beli rokok mungkin korang boleh dapat beli Plasma TV,takpun downpayment kereta,siapa tahu pulak,kalau simpan duit tu boleh bawak pergi Umrah/Haji.Yang untung orang jual rokok,dan kerajaan.Bijak-bijak.

Islam kan melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita mestilah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita.

Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)

Nak berhenti alhamdulilah, Hidup Sehat,Duit Selamat.
Kalau tak nak berhenti pun takpe,takdehal lah.Tapi bila dah dilabel sebagai Haram ,meneruskan bermakna kau menghalalkan yang haram.

Menjauhi hal-hal yang diharamkan hukumnya adalah wajib. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.
“Apa yang aku larang atas kalian, maka jauhilah ia dan apa yang aku perintahkan pada kalian, maka lakukanlah dari padanya semampumu.”( Hadits riwayat Muslim, Kitaabul Fadhaa’il)


Ape-ape pon aku mintak maaf kalau ada yang terasa dengan entry ni,bukan nak membangkit kemarahan sesiapa,sekadar menaip saje.

Jumpa dilain entry.

2 comments:

encik afa said...

bagus. bagaimana maksud 'light smoker' itu?

Ainno M said...

bukan perokok tegar,jarang-jarang merokok atau bukan perokok yang menghabiskan sekotak rokok dalam masa sehari.