Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

21 March 2011

Perlunya perempuan belajar memasak.

Berkerut-kerut dahi Kamarul ketika menikmati nasi berlaukkan asam pedas Aini,isteri yang baru dinikahinya. Dibibirnya terukir sebuah senyum tipis,sementara Aini memandang suaminya penuh rasa cemas. Benar telahannya,sudah beberapa kali dia memasak asam pedas kegemaran suaminya,ternyata belum memuaskan.

“Boleh tahan…,” hibur suaminya sambil meneruskan,
“Cuma macam ada yang kurang.”
 Aini tersenyum sumbing menahan malu.

Sudah hampir 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga . Sejak saat itu Aini memang harus memasak, membasuh dan mengemas sendiri. Kerja-kerja yang tak pernah dia sentuh ketika masih anak dara. Dia sering sibuk dengan kuliah dan berbagai assignment semasa di Universiti dulu.Bila pulang ke rumah segalanya sudah dibereskan ibunya.

Beruntung Aini,kerana Kamarul memahami kesulitan isterinya yang satu itu,dan kadang-kadang Kamarul lah yang rajin membantu isterinya membuat itu dan ini di rumah.

Ini adalah situasi yang biasa berlaku dalam rumah tangga zaman ini.Beruntung sekiranya kita mendapat suami seperti Kamarul. Kalau yang bukan seperti Kamarul ,bagaimana pulak?


Semalam aku sibuk survey-survey pasal memasak dekat google, aku terjumpa satu entry sorang kakak ni tentang ketakpuashatian dia terhadap lelaki yang merungut mengenai perempuan tak pandai masak.
Dari segi luaran, memanglah nampak macam tak complete je seorang perempuan tu kalau tak pandai masak salah satunya.Tapi itu bukan alasan untuk lelaki sewenangnya melemparkan ketakpuashatian mereka. Mungkin ada perempuan yang start dari kecik sekolah asrama,hostel,asrama hostel. Mane ada mase nak belajarkan. Tapi kalau yang memang ade masa tapi taknak belajar tu memang pemalas.

Bercakap pasal hal ni,aku pun salah seorang yang asalnye memang tak pandai masak langsung! serius weh, memang buruk perangai. Itulah kalau hidup dimanjakan ibu dan bapak. Tapi aku bukan anak manja okay. Ibu aku pulak bukan jenis yang tak memaksa anak belajar. Kalau nak ,turun ke dapur. Kalau tak nak takpe. Memang heaven. Tapi sampai bila kita nak jadi perempuan yang tak reti masak? Tak kan nak tunggu sebulan lagi nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak belajar atau pun nak jadi macam pasangan di atas?

Ibu aku kate,kalau dulu-dulu die belajar masak,start umur 10 tahun lagi. Masakan yang wajib belajar adelah asam pedas. Kalau dulu nak pakai cili, mana ade cili blender. Nak makan kene giling cili tu dulu. Ibu aku seorang pro menggiling cili dan bakat menggiling tu diturunkan dekat aku,hihi. Kalau tak pandai menggiling cili tak hancur,nak masak pun tak sedap.Tapi sekarang tak perlu susah-susah sebab ade blender. Masukkan cili dan tekan suis,dah dapat pes lada. Ekspress.

Aku start belajar memasak secara serius bermula dekat Kuala Lumpur . Aku seorang yang suke merantau ke negeri orang. Jadi bila dah merantau,bajet makan luar memang sangat terhad.Nak taknak,kena masak jugak. Kebanyakkan resipi memasak aku mintak dari ibu dan makcik aku sendiri. Mula-mula memang asik kena marah je,sebab dalam sebulan asik mintak resepi yang sama. Lama-lama bila hari-hari praktis memasak. Aku berjaya menyediakan masakan yang sedaplah jugak.hehe. Terima kasih sangat pada ibu dan makcik aku yang sering membantu aku belajar memasak.
Tapi bila dah balik ke kampung,memang aku tak rajin nak memasak.Sebab masakan ibu lebih sedap berbanding masakan sendiri.

Bila kita dah terbiasa dengan kerja-kerja memasak ni kita tak perlu risau lagi bila datang ke rumah saudara mara, rakan-rakan atau rumah bakal mertua. Tunjukkan saja skill yang ada. Macam manapun rasa masakan kita,sekurang-kurangnya mereka tau kita tak kekok bila berada didapur. Pada yang ingin mengambil hati bakal mertua,rajin-rajin lah belajar. hehe.Begitu juga pada pasangan yang baru berkahwin,setiap suami mesti ingin merasa air tangan isteri. Dapat isteri yang pandai memasak,makin sayanglah suami pada anda.

Perempuan-perempuan diluar sane,tak perlu risau kalau tak pandai memasak. bukankah kita boleh belajar dan yang penting jangan malas, seperti kata pepatah "Kalau hendak seribu daya,Kalau taknak seribu dalih". Ada masa lapang,rajinkan diri belajar. Insyaallah ,lama-lama mesti pandai :)


Jumpa dilain entry.

7 comments:

haseoatdawn said...

setuju. lagi bagus kalau suami tolong sama-sama masak. tapi nanti jadi lain pulak. lol.

Perempuan Lanjut Usia said...

haha,agak-agak le. takan timem asak pun nak tu. banyak mase lagi.karang tergoreng punggung sendiri naya ja.

Azroy Bin Kassim said...

walau pn gua berpengalaman luas dlm bidang masakan.. tp gua lagi suka bini gua yg masak.. bila gua dah kawin nanti..

Perempuan Lanjut Usia said...

lu chef ke roy?beruntung la bini lu dpt lu,pandai masak dan agak pervert.kah kah kah.

SYuehadda said...

Agreed!
Terkenangkan aku dulu2 menumis hangit.boleh katekan nak masak sayor pon failed.hehe

Perempuan Lanjut Usia said...

itu ko berangan za..skarang tak lagi kan?hehe

hanaahmad said...

alahai...aku ni memang taktau masak. setakat benda simple bolehlah itupun masih cacat cela. dulu dok asrama pastu mak pulak jenis jrg masak so mmg tak sempat nak belajar. sekarang ada rasa nak belajar masak laa..kang takde sapa lak nak masuk minang. haha