Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

21 April 2011

Elok dari mengemis.

Suatu hari, seorang lelaki tergesa-gesa memasuki sebuah restoran sebab kelaparan terlepas sarapan. Setelah memesan makanan, seorang budak lelaki sekitar 10 tahun menjual kuih menghampirinya, “ Pakcik, beli kuih Pakcik, panas lagi!

Takpelah dik, Pakcik nak makan nasi je, ” kata si lelaki menolak.

Sambil tersenyum budak itu pun berlalu dan menunggu di luar restoran.

Melihat si lelaki telah selesai menyantap makanannya, budak itu menghampiri lagi dan menyuakan kuihnya. Si lelaki sambil berlalu ke kaunter bayaran dan berkata, “ Takpe, pakcik dah kenyang. ”

Sambil terus mengikuti si lelaki, budak berkenaan berkata, “ Kuih ni boleh bawak balik , Pakcik.”

Dompet yang belum sempat dimasukkan ke kocek pun dibukaknya kembali. Dikeluarkannya dua lembar Ringgit dan ia menhulurkan ke anak penjual kue. “ Pakcik taknak kuihnya. Duit ini anggap saja sedekah dari pakcik .”

Dengan senang hati diterimanya duit itu. Lalu, dia bergegas ke luar restoran, dan memberikan duit pemberian tadi kepada pengemis yang berada di depan restoran.

Si lelaki memperhatikan dengan rasa heran dan sedikit tersinggung.Kemudian langsung menegur, “ Hai dik, kenapa duitnya awak berikan pada orang lain? Kamu menjual kan untuk mendapatkan duit. Kenapa  awak berikan pada pengemis tu?

Mintak maaflah ,Pakcik. Jangan marah ye. Mak saya mengajar saya untuk mendapatkan duit dari usaha menjual kuih, bukan dari mengemis. Kuih-muih ni dibuat oleh mak saya sendiri dan mak pasti kecewa, marah, dan sedih, jika saya menerima duit dari Pakcik bukan hasil dari menjual kuih. Tadi Pakcik cakap, duit itu sedekah, jadi duitnya saya beri pada pengemis tu.”

Si lelaki merasa kagum dan menganggukkan kepala tanda mengerti. “ Baiklah, berapa banyak kuih yang awak bawak? Pakcik borong semua. ” Budak itu pun segera menghitung dengan gembira.

Sambil menyerahkan duit si lelaki berkata, “ Terima kasih lah dik, atas pelajaran hari ini. Sampaikan salam pakcik pada ibu awak .”

Walaupun tidak faham tentang pelajaran apa yang dikatakan si lelaki, dengan gembira diterimanya duit itu sambil berucap, “ Terima kasih, Pakcik. Mak saya pasti akan gembira sekali,sebab hasil kerja kerasnya dihargai.


Sekian;

3 comments:

afrohead said...

dah pernah baca rasanya :)

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

terima kasih di atas pelajaran hari ini cik ainn

jumaat hari tu baru terlebih derma.. kebetulan malamnya jozan buat pasal derma.. haha..

The Extendables said...

best..bole ambik pgajaran