Tukang Taip

My photo
Kuala Lumpor, Malaysia
Perempuan kampung yang kasar dan panas baran. Tiada keayuan dan sedikit jakon. Sekian

08 April 2011

Peritnya memendam rasa.

kau?

kau?

dan kau?, pernah ada masalah?

Bohonglah kalau tiada sebarang masalah. Semua orang pun ada masalah yang bezanya besar dan kecil saja.

ALLAH berikan dugaan atau masalah yang berlainan mengikut kemampuan dan keadaan seseorang.Tapi walau sebesar atau serumit mana pun masalah kita tu, ada orang lain yang lebih susah dan rumit masalahnya dari kita. Aku tahu itu. Tapi aku tak kuat.

" Allah akan uji hambanya mengikut tahap kemampuan hambanya. Jadik setiap masalah yang kau hadapi, pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Cuma kau harus terus bersabar, berusaha untuk atasi masalah tu dan bertawakal kepada Allah " Itu nasihat seorang rakan karib aku.

Selalunya bila aku menghadapi masalah, aku susah nak mengekalkan ketenangan.Walaupun kadangkala masalah tu takdalah sebesar mana,Aku ni memang jenis manusia yang suka berfikir bukan-bukan.Tabiat buruk,aku tahu. Tapi aku bukanlah jenis yang bertindak tutup masalah dengan buat kerja bodoh.Belum, belum sampai tahap tu.

Apa yang selalu aku lakukan adalah bersuara dan bertanyakan itu dan ini. Teruk? ya itu juga aku tahu. Tapi lain pulak masalah kali ini,aku lebih rela berdiam.Itulah yang aku cuba lakukan selama beberapa hari ni, Mengambil jalan mudah,,tapi bukan semakin tenang,semakin sakit.Sakitnya memendam rasa tahu?

Apa yang aku cuba kongsikan sedikit sebanyak tentang betapa peritnya aku memendam rasa terhadap beberapa manusia kesayangan aku.

Siapa? tak perlu aku olahkan lebih-lebih.

Tiada manusia yang sempurna pun dalam dunia ni.Begitu jugak dengan aku,mahupun orang disekeliling aku. Inilah kenyataan hidup yang tak dapat dinafikan. Lantaran itu tidak hairanlah sekiranya suatu saat rakan atau kekasih buat sesuatu atau melontarkan kata-kata yang membuat kita berkecil hati dan bersedih.Aku pun sering begitu,aku mengaku. Disebabkan sifat aku yang kasar dan kadang-kadang tidak sensitif terhadap perasaan orang sekeliling aku membuat mereka tercalar hati sedikit sebanyak. Tapi jarang benar mereka melontarkan rasa perit tu. Maafkan aku teman.

Kesilapan jugak sering berlaku dalam perhubungan.
Kadang-kadang aku pandang sebelah mata saja.Namun ada ketikanya ada perasaan yang membuat aku sukar untuk melupakan apatah lagi memaafkan kesalahan yang dilakukan manusia kesayangan aku,lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan berulang kali.Berbuku rasanya hati ini.
Apa nak buat kan, bukan semua orang boleh memahami kita,begitu juga kita amat payah memahami orang lain.

Jadi seperti kata-kata orang berdiam itu lebih baik. Tapi sejauh mana,aku tak tahu ,sebab aku bukan seorang yang jenis penyabar.Mudahan aku dapat tempuh segala dugaan ni dengan tabah.

Maafkan aku, teman
Sekiranya aku tidak mendoakanmu
Sekiranya aku tidak menghiburmu
Sekiranya aku menyakiti hatimu
Sekiranya aku tidak mengerti benar
Apa erti sebuah persahabatan
Adakah aku hanya hadir saat kau bahagia?
Adakah aku hanya hadir saat kau tersenyum?
Aku hanya hadir saat kau senang?


Sedarkah aku,
Pada saat kau jatuh, aku tidak membantumu berdiri?
Pada saat kau lemah, aku tidak menguatkanmu?
Pada saat kau susah, aku tidak ada untuk menolongmu?
Pada saat kau menangis, aku tidak menenangkanmu?
Pada saat kau difitnah, aku tidak membelamu?
Maafkan aku 
Maafkan aku teman


1 comment:

yaya said...

be strong gurl.